Anda tidak akan berimpian besar (dream big).
Jika Anda teliti sejarah hidup orang-orang berjaya, mereka sebenarnya tidak menganggap diri mereka berjaya, sebaliknya mereka anggap apa yang mereka capai sebagai satu pencapaian-pencapaian kecil yang akan membawa mereka menuju kepada satu pencapaian yang lebih besar.
Kejayaan bukan situasi kebetulan, ia adalah kesan daripada tindakan berterusan dan usaha konsisten.
Kejayaan bukan situasi kebetulan, ia adalah kesan daripada tindakan berterusan dan usaha konsisten.
Anda kena berani gagal, iaitu berani mendepani situasi di mana Anda tidak dapat mencapai apa yang Anda matlamatkan. Dalam hidup, sebagai orang Islam Anda diajar konsep Qada dan Qadar, tentang nasib dan ketentuan Tuhan, Anda perlu berserah.
Kita merancang, Tuhan menentukan. Apabila gagal, terimalah kemudian bangkit dari kegagalan itu. TUHAN tidak akan ubah nasib Anda melainkan Anda sendiri ubah nasib Anda melalui tindakan, doa dan tawakal.
Kita merancang, Tuhan menentukan. Apabila gagal, terimalah kemudian bangkit dari kegagalan itu. TUHAN tidak akan ubah nasib Anda melainkan Anda sendiri ubah nasib Anda melalui tindakan, doa dan tawakal.
Sebagai contoh, jika Anda gagal mencapai gred bagus dalam pelajaran Anda, terimalah hakikat bahawa hanya setakat itulah yang Anda berjaya capai. Bila sudah gagal, belajarlah lebih tekun lagi supaya anda dapat mencapai gred lebih bagus.
Jika Anda gagal dalam ujian memandu untuk mendapat lesen memandu kereta, terimalah hakikat bahawa hanya setakat itu saja yang Anda capai, yang Anda mahir dan yang Anda tahu. Bila sudah gagal, berlatihlah lagi dan mahirkan lagi skill pemanduan Anda supaya Anda dapat melepasi ujian kemahiran memandu.
Anda diberi peluang untuk bangkit dari kegagalan. Buka mata dan lihatlah!
Peluang itu sentiasa ADA dan sentiasa TERBUKA.
Kita perlu berubah seiring dengan masa. Kesilapan yang sudah berlaku, usah diungkit lagi. Tinggalkannya di belakang, kemudian majukan diri ke hadapan.
sumber : http://www.imotivasi.net/

No comments:
Post a Comment