Monday, October 31, 2011

Aku juga ada hati.. Hati ini milik-Nya

Ya Allah... Kau jagailah hatiku... Kau peliharalah hati ini dari dicemari sebarang dosa dan maksiat hati.... Sesunguhnya hatiku ini amat keras dan susahnya untuk dijaga dan dipelihara dari sebarang kekotoran, rasa-rasa hati dan prasangka-prasangka...

Sesungguhnya hatiku ini adalah milik-Mu... Aku tidak mahu cemari ia dengan noda dan dosa..dengan perasaan hati dan prasangka yang boleh menjerumuskan aku ke lembah maksiat dan neraka... Tuhanku, Kau bantulah daku... Bimbinglah daku dengan bimbingan-Mu.. Peringatkanlah aku dengan peringatan-Mu... 

Perdengarkanlah daku dengan ayat-ayat cinta-Mu..... Peliharalah hatiku dari segala kemaksiatan dan dosa ya Allah... Sesungguhnya Kau sahaja yang amat mengenali hatiku ini berbanding manusia lain...Kau sahaja yang memahami jiwa dan diriku berbanding yang lain..Terima kasih Tuhanku...

Bantulah Aku

Adohai....Ya Allah....Hari ni kepala ku pening lagi. Pening, serabut semua ada dalam benakku. Entahla aku tak tau dh nak ckp macam mana. Aku sekarang tengah mencari kebenaran. Ya Allah! Bantulah diriku ini.

Pening, risau dan lain2. Aku bukannya tak boleh terima kenyataan hidup. Tpi aku keliru mana yang benar. Aku minta pada Allah agar dapatkan dan berikan aku ketenangan.

Seawal Perkenalan (Bahagian 1)

Kenangan yang sentiasa mengusik hatinya itu sudah pun berlalu 10 tahun yang lalu. Namun, dia merasakan bagaikan semalam perkara itu berlaku dalam hidupnya. Lama dia termenung memikirkan apakah yang perlu dia lakukan. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan kini. Terlalu pantas masa berlalu.

Walau bagaimanapun, kenangan terindah semusim berlalu itu bagaikan baru berlaku di dalam hidupnya. Kenangan manis itu masih tetap segar diingatannya sehingga kini. Entah apa khabarnya orang di sana. Hatinya kembali merindui suasana yang amat harmoni dalam hidupnya yang mana satu tika dahulu pernah hadir walau sekejap cuma.

Monday, October 24, 2011

Dia Tercipta Bukan Untukku

CINTA fitrah semula jadi manusia kerana Allah memberi fitrah kepada manusia untuk mencintai keindahan sehingga kita mudah kagum dengan keindahan dan kecantikan yang nampak pada zahir. 

Allah juga memberi fitrah itu kepada manusia kerana manusia cenderung dengan sifat lemah dan tak berdaya. Oleh sebab itu, manusia akan mencari seseorang yang dapat memberikan kekuatan, keperkasaan dan kegagahan. Ya, semua orang pasti berpotensi untuk jatuh CINTA kepada manusia yang berlainan jantina dengannya.

Seseorang yang kelihatan pendiam, tidak banyak bercakap dan tergolong dalam kategori 'senyap' tiba-tiba sahaja boleh meluahkan perasaan hatinya dengan mengatakan sudah tertarik kepada insan yang berlawanan jenis itu.

Hatiku Menangis Lagi

Ya Allah...
Aku sebenarnya insan yang kerdil di sisi-Mu. Tak mampu menandingi kuasa-Mu.
Aku sedih ya Allah..
Pernah aku menangisi akan dosa-dosaku usai solatku. Namun, segalanya telah disalah ertikan oleh tafsiran ramai.

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui hati hambu-Mu ini yang begitu rindukan-Mu.

Usai solatku kusering memikirkan saat-saat kematianku yang bakal Kau jemput ku pergi.

Tuhanku..hatiku hanya menangis bersama-Mu sahaja.Tiada seorang manusia pun yang mengetahui isi hati hamba-Nya yang lain tanpa diberitahu.
Aku ingin menjadi insan gagah dan tabah setabah Baginda..Aku bermohon kepada-Mu Tuhanku.

Diamku dan senyapku sering disalah tafsirkan oleh insan-insan lain. Dalam hatiku menangis sendirian. kadang kala tertumpah juga manik-manik ini kerana perlakuanku telah disalah tafsirkan oleh insan-insan yang aku sayangi di sekelilingku. Tingkah laku ku memungkinkan mereka tidak memahami jiwa ku, lantas memberikan pelbagai tafsiran dalam minda mereka. Aku tidak salahkan mereka andainya itu yang mereka tafsirkan tentang diriku. Namun, Tuhanku, tolongkah aku meneruskan kehidupan ini.

Dalam hatiku menangis lagi. Mengapakah manusia sering mencari aib dan salah orang lain dalam hidupnya. Aku juga kadang begitu. Kadang aku menjadi mangsa keadaan dan kadang kala dalam kehidupan ini aku juga sering mencari salah orang lain.berdosanya aku ini Ya Allah...

Hatiku menangis lagi apabila memikirkan betapa banyak dosa-dosaku pada-Mu Tuhanku. Taubat sering ku abaikan. Ya Allah, terimalah taubat hamba-Mu ini Ya Allah... Aku mohon sangat pada-Mu agar Kau ampunilah daku Ya Allah... Kelak aku tidak mahu ditempatkan dalam golongan yang Kau murkai..Na'uzubillah...

Dalam hati, hatiku menangis lagi.. Tuhanku, Aku tidak dalam hal ini kerana ini adalah salahku dan hukuman yang patut kuterima andai inilah segala dosa-dosaku pada-Mu Tuhan... Hukumlah aku di dunia ini dan janganlah Kau hukum aku di akhirat kelak...
 
Dalam hati, hatiku menangis lagi. Aku tidak mahu kehilangan sahabat yang aku sayangi Ya Allah. Kekalkanlah kami dalam Iman dan kasih sayang-Mu. Kekalkanlah kami dalam redha-Mu. Kekalkanlah kami dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu hingga ke akhirnya. Kekalkanlah kami dalam ketaatan kepada-Mu dan janganlah Kau pisahkan kami Ya Allah.. 

Temukanlah kami di akhirat sana Ya Allah dalam keadaan kami beriman kepada-Mu. Kepadamu sahabatku, aku mendokan agar kita berkekalan selamanya hingga ke akhirat dan tidak akan dipisahkan oleh Allah atas dasar keimanan kita dan akidah kita kepada Yang Esa. Usahlah kau bersedih dan berdoa yang tidak memungkinkan boleh merobohkan persahabatan.. Sahabatku, ingatlah Allah bersama sangkaan hamba-hamba-Nya. Jadi, janganlah dikau bersangka buruk kepada Allah..

Dalam hatiku menangis lagi....Menangis kerana memikirkan bagaimanakah nasibku di sana nanti. Bagaimanakah keadaanku nanti. Ya Allah andainya hidupku ini lebih baik bagimu maka hidupkanlah aku, namun andainya kematian untukku adalah terbaik pada-M, maka Kau ambillah daku tatkala aku dalam keadaan iman. Aku teringin untuk berjumpa dengan-Mu dalam keadaan Kau redha dan dalam keadaan aku beriman kepada-Mu..... Janganlah kau jemputku pulang dalam keadaan Kau tidak redhai daku...

Ya Allah.. Aku pohonkan agar Kau pandanglah daku, kasihilah daku dan rahmatilah daku.... Amin... Hanya Kau yang memahami dan mengenali hati ini.

Jangan Dikenang Cinta Yang Lalu













Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi..

Kadang-kala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati.. kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah-olah difikirkan sudah hilang.

Dalam Hati Siapa Tahu

                                                                                                                   
















Hati...
Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? Siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? Bila seseorang itu menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? Adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?

Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri. Kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.

Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.  Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. 

Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

CINTA Membutakan????

Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya.

Untaian kalimat yang seakan menusuk ulu hati saya, teringat bahawa selama beberapa bulan yang lalu begitu saya dibutakan oleh cinta yang palsu. Ya, cinta telah melumpuhkan fikiran saya dan memainkan emosi saya dengan begitu mudah hebat

CINTA ...

Saya pernah dibuat mabuk  cinta. Entah bila saya mula berkenalan dengannya, dengan  cinta yang membuat saya seperti bukan diri saya yang sebelumnya. Cinta yang membuat saya rela melanggar prinsip yang bertahun-tahun saya pertahankan, yang telah membuat saya buta dan tuli dan mampu melakukan sesuatu yang sebelum ini tidak pernah saya lakukan, membenarkan sesuatu atas nama cinta.

Cinta tidak membuat saya berubah menjadi lebih baik tetapi sebaliknya. Cinta yang dulu saya kenal membuat saya mudah sekali menangis sampai mata saya lebam. Kalau dikumpulkan mungkin air mata saya sudah sebaldi penuh. Cinta itu membuat saya mampu bangun ditengah malam kerana handphone saya berdering, membuat saya rela berjaga sehingga pagi menjelang, hanya untuk berbual dengannya.

Padahal jika alarm pukul 3 pagi sepatutnya membangunkan saya untuk bertemu Sang Pemilik Jiwa, sering saya matikan dan terlelap kembali. Kalaupun terjaga, hanya tahujjud singkat. Tidak selama seperti saya berbual-bual dengan seseorang itu.  Separah itu cinta membutakan saya saat itu.

Dan kini, bagaimana khabarnya cinta itu? Di mana DIA yang dulu selalu ada untuk saya? Semua sudah tidak ada lagi bersama saya. Sedangkan DIA yang selalu saya abaikan, yang selalu saya datangi hanya ketika saya memerlukan-NYA, DIA tidak pernah berganjak menjauhi dari saya, bahkan ketika saya bersendirian DIA yang selalu menemani saya, menghapus air mata saya, mengubati luka hati saya.

DIAlah yang menggantikan apa yang hilang dari saya dengan yang lebih baik, jauh lebih baik dari yang saya harapkan. Tidak ingin lagi diri ini terjerumus pada cinta yang seperti itu lagi, saya ingin mengenal cinta yang datangnya hanya dari DIA dan kepada DIA saya persembahkan.

 Tuhan…saat aku menyukai seorang sahabat, ingatkanlah aku bahawa ada sebuah pengakhiran sehingga aku tetap bersama yang tidak pernah berakhir.

Tuhan…jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dengan orang yang mencintai-MU agar bertambah kuat cintaku pada-MU.

Tuhan…ketika aku sedang jatuh cinta, jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku pada-MU.

Tuhan…ketika aku mengucap aku cinta padamu, biarkanlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut pada-MU, agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-MU.

Mencintainya Dalam Diam

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)

Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta. Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA. (QS. An Nuur: 32 )
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu, maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )

Cukup cintai dia dalam diam.

Bukan kerana membenci hadirnya, tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia, tetapi meraih syurga-Nya.Bukan kerana lemah untuk menghadapinya. Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.

Cukup cintai dia dari kejauhan.

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian. Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan. Kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan. Menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan.

Maka cintailah dia dengan keikhlasan.

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati. Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi?

Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.  ( QS. Al Baqarah: 216 )"
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan.

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan. Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga (Umar Bin Khattab ra)

Pertemuan Kita Telah Ditentukan


Pertemuan kita semua bukannya kebetulan.

Bertukarnya persekitaran yang diselubungi rasa kekok itu bukanlah untuk merenggangkan, bukan untuk diambil ringan, dan bukan juga untuk merasakan tiada jalan lain selain berputus asa.

Allah yang menetapkan segalanya. Dan Dia mahu menguji, apakah kita mahu bersabar?

Kadangkala manusia ini perlu diketuk sedikit, baru tersedar. Ada yang ketuk sekali tak sedar-sedar. Mungkin caranya tidak kena, dan caranya membuatkan dia terus pecah, atau yang mengetuk menyerah kalah.

Setiap manusia punya ujian masing-masing, kan?

Mungkin yang membuatkan kita rasa sukar untuk berubah adalah rasa tidak yakin terhadap diri.

Dan rasa tidak yakin ini hanya mampu diubat dengan satu cara sahaja, iaitu :-

Yakin kepada Allah. Yakin dengan keyakinan yang tidak ber’tapi’. Yakin bahawa Allah itu Maha Teliti, dan Dia tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. 

Macam mana rasenya 'couple' ye?













Salam hormat pembuka bicara…
Bila kita membuka mata dan memandang sekeliling kita, terdapat banyak sekali ragam manusia. Masing2 dengan hal sendiri tanpa mempedulikan orang lain yang berada di sekeliling. Teks pada kali ini, ingin saya tekankan perkataan 'couple' dalam kalangan remaja.

Bercerita mengenai isu ini, ye, saya juga pernah terjerat di dalam perangkapnya. Usia seawal 17 tahun, saya melihat dan sering mendengar kisah dan cerita dari rakan-rakan sekelas tentang HEBATnya cinta mereka. Setiap kali ada peluang untuk berjumpa, mereka tidak akan melepaskan peluang itu. Jika tidak dapat bertemu, calling akan berkhidmat sebagai melepaskan rindu antara dua jiwa yang sudah di lamun cinta. Maklumla zaman saya masa tu handphone 'tak popular' di kalangan remaja. Hanya public phone menjadi tempat mereka melepaskan rindu.

Rahsia Hati

Assalamualaikum……….
Buat pembaca sekalian….

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan aku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Sebenarnya aku tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya.

Biarkan Cintamu Berkata Tidak

Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.

Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”

Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.

Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita? Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah: “Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.

Relakan Pepisahan Demi Cinta















Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!

Hati Emas


Ramai orang yang punya akal tetapi malangnya ‘tidak berakal’. Maksudnya, mereka tidak menggunakan akal untuk berfikir. Padahal fikir itu ialah pelita bagi hati. Justeru di dalam Al Quran Allah sering mengingatkan manusia agar selalu berfikir, menggunakan akal untuk tadabbur akan ayat-ayat-Nya dan mengambil ibrah daripada segala kisah yang daripada Al Quran.

Tangisan Seorang Isteri

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Kubulatkan tekad di hatiku. 

Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah. 👉

Hati...Sabarlah











Hatiku terusik lagi... Aku amat sedih.. Pada Allah sahaja tempat ku mengadu... Aku sering disalah ertikan dan disalah tafsirkan.. Ya Allah.. Aku berubah ke arah kebaikan kerana-Mu...Bukan kerana sesiapa.. Sekali lagi hatiku diuji...Aku menangis lagi Allah. Aku tak mampu hadapi ujian ini..

Ya Allah, seandainya kematian adalah yang terbaik untukku, maka Kau ambillah aku dalam keadaan aku beriman kepada-Mu.... Aku dah berubah??? Apa yang aku berubah??? Perasaan kasih sayang aku padanya sebagai seorang sahabat dan juga adik masih seperti dahulu, malahan bertambah-tambah lagi kasih sayangku kepadanya. 
Tak pernah luput diingatanku dalam setiap doaku kutitipkan untuknya... Aku bermohon ya Allah, kekalkanlah kami dalam iman, kekalkanlah persahabatan kami ini kerana-Mu di jalan-Mu..

Aku begitu terkedu sekali. Aku tak nak mereka salah anggap dan salah tafsir pada aku. Aku tiada tempat mengadu kecuali Engkau Ya Allah... Engkaulah tempat aku meminta dan memohon... Aku tak pernah salahkan sesiapa hatta makhluk-Mu yang pelbagai jenis dalam hidupku ini. Kerana aku yakin, Kau tetap bersamaku dan Kau yang menguji hidup aku... 

Bukan sesiapa pun dalam hal ini. Mengapa dia terfikir begitu sekali? Ya ALlah... Bukakanlah hatinya Ya Allah.... Aku sayangkan sahabat aku ini... Janganlah Kau ambil dia dari ku... Bukan berpunca darinya.. mengapa dia terfikir begitu Ya ALLah??? Salah akukah menyebabkan dia berubah hati dengan aku?? Aku tak pernah berubah hati padanya pun...
Tolonglah aku Ya Allah.... Kuatkanlah aku Ya Allah... Sekali lagi manik-manik jernih ini jatuh juga ke pipi setelah puas bertakung dan kutahannya dari terus membasahi pipi ini akhirnya mengalir lagi... Akhirnya apa yang kusimpan di sudut hati ini terkeluar dengan air mata ini.

Wahai hati, bersabarlah dan janganlah menangis lagi.... Biarlah kupujuk diriku sendiri sekarang.. Bukankah aku seorang yang kuat semasa kecilku tanpa orang2 yang mengasihi dan menyayangi diri ini satu tika dahulu? Bukankah dulu aku sering pujuk diriku sendiri apabila aku kesedihan?? Ya. aku kuat! Aku mesti kuat!

Hati, jangan menangis ye. Tapi air yang diempang sekian lama tidak dapat menahan dan keluar juga secara tidak langsung. Kepada siapa harus aku luahkan hati ini? Hanya Allah saja yang tahu dan kenal hati aku. Aku tak pernah berubah perasaan pada sahabatku pun... 

Aku tetap setia pada sahabatku ini Ya Allah kerana aku nak dengan dia di syurga nanti... Tolonglah aku Ya ALlah.. Kekalkanlah hati kami dan kekalkanlah persahabatan kami.... Aku sayang dia...

Setia?????????












Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?

Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan…
Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

dipetik dari :
http://pakarcinta.com/blog


BENCI!!!!!!!!!!!!!!!

BENCI!!!!!!!!!!
Aku benci.....
Kenapa ni.....
Rasa benci tu tibe2 je datang..

MENYAMPAH!!!!!!!!!!!!!!
Apa ni....
Nape ni...
Aku jadi tak keruan...

BENCINYA!!!!!!!!!!!
Sekali lagi.....
Patut ke perasaan tu wujud lagi...
Tolongla lah aku
Ya Allah.. Kaulah tempat
Yang selalu aku adu...


Aku menangis lagi kali ini..........
Ya Tuhan........
Ampunilah Aku..................

Idea dulu tak sama....


Sedihnya...kali ni kena buat balik blog...blog yang telah aku buat sejak 2 tahun lepas hilang dah delete.. Catatan kali ni tak sama seperti yang dulu...adus....kenapa la da ilang...sedih2...idea tentunya tak sama ngn idea dulu....nak carik idea bukannya senang...yang dulu tu kebanyakannya memori aku...tak pe aku cube gak cari idea baru...
teruskan..jangan buntu!!!!!!!!!life must go on!!!!!!!!!!!mcm mana blog blh diterbitkan dan diteruskan mcm tu jugak le ngn hidup aku!!!!!!!!!!!!!!
perlu teruskan!!!!!!!!!!!jangan mudah mengalah..............