Wednesday, February 15, 2012

Hatiku rindu pada tanah suci.

Ini yang sempat aku coretkan sebelum aku meninggalkan tanah air untuk ke tanah suci..Mudah-mudahan amalku diterima Allah nanti.

Ya Allah..Permudahkanlah urusan ku di sana dan permudahkanlah urusan ku untuk beribadat dan menunaikan umrah di sana nanti..izinkanlah aku untuk menziarahi maqam kekasih-Mu dan para sahabat baginda..Aku tak tahu apa perasaan ku pada kali ini. sayu, sedih, sebak melanda hati ini.

Aku bersyukur Ya Allah kerana Kau perkenankan juga hajatku ini. Selamatkanlah perjalananku dan rombonganku Ya Allah. Hiba sangat sebab inilah impianku sejak sekian lamanya. Apabila diberitahu permohonanku untuk menunaikan umrah telah diluluskan, menitis air mata ni bersyukur kepada Ya Rabb.. Bila aku dah bayar dan dah daftar melalui pakej De Mawardah, hatiku bertambah sebak dan bagikan mimpi apabila syarikat tarvel itu memberitahuku bahawa urusan visa dan lain-lain telah diselesaikan dan lulus alhamdulillah.

Tak terkata apa hati ini hanya menitipkan rasa syukur kepada Mu..
Hati bertambah berdebar-debar apabila tarikh keberangkatanku semakin hampir.
Aku akan pergi meninggalkan bumi Malaysia pada 19hb Februari ini.

Ya Allah aku pohonkan agar Kau terimalah segala amalanku ini dan redhailah hamba-Mu ini.Aku bagaikan takut seperti mahu berhadapan dengan Mu Ya Allah.
Mudah-mudahan hati ini terus kuat dan cekal. Ketenangan dan kebahagiaan serta kebenaran yang kucari mudah-mudahan akan kudapatnya di sana. Amin......


Thursday, February 9, 2012

Cinta Remaja Dakwah










Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustazah, penulis mempunyai  peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman  muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka  bawa untuk dibincangkan. 

Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya,  cinta yang mereka alami ini telah di”Islamik”kan seperti mana bank-bank,  institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah “Cinta  Ukhwah”.

Seandainya Semua Manusia Tidak Suka.............












Adakala kita terfikir… Kita mungkin tidak pernah menyusahkan hidup sesiapa, kita mungkin tidak pernah menganggu hidup orang dan tidak pernah pula membenci atau menyakiti mereka. Namun tiba-tiba sahaja mereka membenci kita. Berkata-kata buruk tentang kita di bekalang dan mengaturkan pelbagai strategi untuk menyakitkan hati kita.

Sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas dari mempunyai kekurangan pada diri. Mungkin pada cara kita bercakap, mungkin pada cara kita berjalan, mungkin pada mata, mulut, hidung dan seumpamanya yang menyebabkan ada sesetengah orang tidak suka, benci dan meluat melihat kita.