Monday, December 2, 2024

Buatmu Sahabatku

 





Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Ikhwah dan Akhawat yang di rahmati Allah

Maksud firman Allah "dan antara tanda-tanda kesyukuran-Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenis sendiri supaya kamu cenderung kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih dan sayang"

Kasih sayang sesama makhluk perlu di pupuk sekadar menambah keceriaan hidup,ikatan yang jujur dan tulus ikhlas yang akan menambah semangat perjuangan Islam, selain bekorban untuk mendapat kegembiraan-Nya. 

Sahabat,

Percintaan di awal musim merupakan percintaan di musim bunga yang penuh keindahan,tetapi apabila musim itu berlalu dan kalian terlupa bersedia untuk menghadapi musim luruh dan musim sejuk,maka kalian akan mati kesejukan kerana terlalu memuja musim yang indah itu.

Kalian yang dikasihi Allah,

Bercintalah sekadar minum seteguk air di hari kemarau. Dan meminumnya dengan penuh kesabaran. Bercintalah sekadar menghirup wangian kasturi tanpa memilikinya. Bercintalah dan berkasih sayanglah kerana Allah dengan memupuk dan menyuburkan ikatan itu dengan cara yang matang dan dengan kawalan iman demi untuk keizzahan Islam tercinta.

 

ukhtukum fillah..
anna....

Nak couple boleh tak?


Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi dalam kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Renungan Buatmu Duhai Muslimah

Sesungguhnya kejadianmu muslimah begitu indah.
Tercipta daripada rusuk Adam untuk dilindungi
Dan disayangi
Bukan di kepala untuk disanjung
Bukan juga di kaki untuk dipijak
Lantaran daripada keindahanmu itu,
Kau ibarat sekuntum bunga mawar
Keharumanmu bisa menarik perhatian sang kumbang
Untuk mendekatimu

Adakah semudah itu akan kau serahkan dirimu???
Renungilah pada keindahan bunga mawar
Yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai benteng
Dari kejauhan,keharumannya mencuri perhatian
Kilauan warna yang memancar indah menjadi tarikan
Namun lantaran pagaran duri iman yang berbisa itu

Si kumbang tunduk kagum
Terhadap keindahan yang terjaga
Ia akan berfikir berkali-kali sebelum mendekatinya..
Akuilah hakikat kejadian dirimu
Yang menjadi pelemah iman lelaki
Seandainya pakaian malu kau tanggalkan
Dan perbatasan aurat kau abaikan

Jadilah kau sekuntum bunga yang indah
Tapi sayang seribu kali sayang
Tak berduri
Kau tidak layak digelar mawar berduri!
Muslimah solehah tidak melihat lelaki
Dan lelaki tidak melihatnya..

Peliharalah keindahanmu
Untuk si kumbang
Yang bergelar….
SUAMI…
hadir mu melengkap hubungan manusia...
bukan saja dirindui yang biasa...
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa...
akalmu senipis bilahan rambut...
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu...
jua hatimu bak kaca yang rapuh...
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh...

Tercipta engkau dari rusuk lelaki...
bukan dari kaki untuk di alasi...
bukan dari kepala untuk di junjung...
tapi dekat di bahu untuk dilindung...
dekat jua di hati untuk di kasihi...
engkaulah wanita hiasan duniawi....

Mana mungkin...
lahirnya bayangan yang lurus elok...
jika datangnya dari kayu yang bengkok...
begitulah peribadi yang di bentuk...
Didiklah wanita dengan keimanan..
bukannya harta ataupun pujian...
kelak tidak derita...
berharap pada yang binasa....
engkaulah wanita istimewa...

Sedarilah insan istimewa..
bahawa kelembutan bukan kelemahan...
bukan jua penghinaan dari Tuhan...
bahkan sebagi hiasan kecantikan....
Ingatlah
 
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah
Kau di gelar sebagai penyeri dunia...

 

Surat kepada seseorang yang aku tidak tahu siapa


(Bukan Cerita sebenar dan bukan kisah benar)

Assalamualaikum....

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya.

Lelaki yang ku KASIHI

Lelaki yang ku KASIHI,
adalah pencipta Tuhannya,
yang mengalir cinta,takut dah harap,
yang menguasai perjalanan hidupnya setiap masa,
sehingga Dia memanggilnya.

Sunday, December 1, 2024

Selamat Datang Disember 2024


Lama aku tidak jengah blog aku ini. Dekat 3 tahun rupanya. Syukur aku masih diberikan nafas dan nyawa untuk aku teruskan hidup dalam dunia dan Allah masih lagi berikan pinjaman kepada ku. ya Allah hati ni menangis dan aku tak tahu nak luah ya Allah. Hanya kepada Engkau sahaja kupohon dan harap.
Kuharap Allah memberikan kebaikan lagi untukku pada bulan ini. Aku mohon Engkau berikan aku kekuatan hadapi semua ujian sama ada kehidupanku juga di tempat kerjaku ini. Aku tak kuat ya Allah..😓😭😭😭😭😭