Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjuk baik daripada-Mu. Dengan
ilmu-Mu aku meminta kekuatan daripada-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta
dan memohon daripada-Mu dari segala kelebihan-Mu yang banyak. Ya Allah,
sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa. Engkau Yang maha
Mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha
Mengetahui bahawa perkara itu baik untukku, agamaku, duniaku dan
kesudahan urusan masa kini dan masa akan datang, maka tentukanlah
untukku dan permudahkanlah kepadaku.
Engkaulah yang Maha Mengetahui
bahawa perkara itu tidak baik untukku untuk agamaku dan duniaku dan
kesudahan urusanku buat masa ini dan akan datang, maka elakkanlah dariku
dan elakkanlah diriku daripadanya. Ya Allah, tentukanlah kebaikan dan
keselamatan atas jagaan dan peliharaan-Mu untukku walau di mana sahaja
aku berada. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa di atas sesuatu
perkara. Ya Allah sesungguhnya aku hanya mohonkan yang terbaik untukku
dari-Mu dan jagailah daku, peliharalah daku dan sayangilah daku dengan
pandangan Rahmat-Mu....