Wednesday, May 1, 2013

Bersuamikan Ustaz Best Ke??

Erm....dunia ini adalah ujian untuk orang-orang yang beriman.. ynag dinamakan orang Islam kita akan sentiasa diuji untuk menentukan tahap kesabaran kita..

Masya Allah....bila saya tengok dan renungkan semula kisah hidup insan sekeliling kita, besar ujian yang mereka hadapi...

Tadi saya dapat makluman daripada kawan saya...erm,,ni nak tulis kat blog ni..best sangat ke kalau nikah dan dapat pasangan ustaz?? Kasihan pulak kawan saya ni.

Dia mendapat suami alhamdulillah soleh. Namun, dia tidak mendapat apa yang diberikan. Moga Allah memberi jalan penyelesaian kepada kawan saya ini.... Sehinggakan suami ingin berkahwin lain namun tanggungjawab pada isterinya tidak dilaksanakan.

Masya Allah... Sedarkah dia bahawa tanggungjawab itu perlu dilaksanakan oleh seorang suami?? Semua bil dan lain-lain keperluan adalah bawah tanggungjawab suami tetapi langsung suami abaikan...

Mudahan Allah merahmati hidup kawan saya yang banyak bersabar hampir 8 tahun perkahwinannya...

Tuesday, April 30, 2013

Lembayung Kasih Ilahi

Kadang kala hati kita sebagai manusia ini sering tidak puas dengan apa yang Allah berikan...

Hati menjerit..mengenangkan nasib kita, kadang kala kita mengeluh sendiri.. Kadang-kadang kita selalu juga mengomel sendiri..

"Ya Allah! Kenapalah aku ni nasib malang dan sentiasa diuji?"

Di sini Allah menjawab dengan kita tapi kita tak menyedarinya pun Allah dah berkata-kata dengan kita tanpa kita sedar.

Saturday, March 16, 2013

Kutahan Semuanya...Kupendam Sebuah Duka

Sebulan lebih rupanya aku tak tengok blog aku...rindu rasanya...tak pe lah..aku catatkan walau sedikit ayat jadilah....

Sekarang ni  aku dah sambung master...alhamdulillah...aku bersyukur kepada Allah.. Aku harapakan agar Allah permudahkan segala urusanku dalam urusan menuntut ilmu ini...

Kini aku di UKM sedang membuat assigment sambil2 membuka dan menjenguk blog aku yang dah lama aku tak  jenguk ni...rindu pulak rasanya... Aku sedih.... ye la apabila orang yang aku percayai, orang yang aku sayang cakap aku macam tu... kalau aku tak tahu blog dia pun still orang lain boleh bacanya juga....sabarla hati..

Kupujuk hatiku sendiri.... Kutenteram kan hati ini....

Hati..janganlah kau sedih ye...^_^ 😊😍

Tuesday, February 5, 2013

Tabahkan Hatiku dan Jiwa ini

Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjuk baik daripada-Mu. Dengan ilmu-Mu aku meminta kekuatan daripada-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dan memohon daripada-Mu dari segala kelebihan-Mu yang banyak. Ya Allah, sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa. Engkau Yang maha Mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Mengetahui bahawa perkara itu baik untukku, agamaku, duniaku dan kesudahan urusan masa kini dan masa akan datang, maka tentukanlah untukku dan permudahkanlah kepadaku. 

Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa perkara itu tidak baik untukku untuk agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa ini dan akan datang, maka elakkanlah dariku dan elakkanlah diriku daripadanya. Ya Allah, tentukanlah kebaikan dan keselamatan atas jagaan dan peliharaan-Mu untukku walau di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa di atas sesuatu perkara. Ya Allah sesungguhnya aku hanya mohonkan yang terbaik untukku dari-Mu dan jagailah daku, peliharalah daku dan sayangilah daku dengan pandangan Rahmat-Mu....

Jagailah Dia

Tuhan, bantulah aku untuk hidupkan hari-hari yang Engkau telah amanahkan kepadaku ini sebaik-baik mungkin.
Lindungilah  segala pertuturanku dan tingkah lakuku daripada menyakiti hamba-hamba- Mu yang ada di sekelilingku.
Ampunkanlah daku serta segala perbuatan dosakau, hatiku kerana antara hamba-hamba-Mu di sekelilingku, aku tidak dapat berlaku adil antara mereka.
Aku selalu ingatkan dia seorang sahaja dalam masa jaga dan tidurku, pada hari-hari  yang telah Engkau pinjamkan ini. 
Ampunkanlah aku Ya Tuhanku...

Monday, February 4, 2013

hatiku ingin menjerit



Bertemu lagi aku pada blog ini..telah sekian lamanya aku tak jenguk blog ni..
rindu pulak rasanya....ni ada kesempatan sikit aku coretkan sesuatu luahan hatiku...
hatiku bersuara lagi setelah sekian lama aku menyepinkan diri...

erm.....baru2 ni mak aku call...nangis2 sebab aku x hubungi seseorang dan tak balik jumpa seseorang tu...aduh...aku tak tau nak kata apa...klu aku keluar Islam atau akidah aku lari tak pe la nak nangis2...
mereka ni terlalu taksub ngan seseorang...walaupun dia alim dan ulama sekalipun..Islam tak benarkan kita terlampau taksub kepada orang tu sebab nanti akidah kita lari dari Allah..
Masya Allah...aku pohonkan agar hati aku kuat hadapi kemelut ujian hidup yang aku hadapi ini..

aku mohonkan agar Allah tetap bersama-sama ku dalam segala aspek kehidupan..aku mohonkan agar Allah dan rasul-Nya sentiasa bersama aku...selamat ..asyik2 perkataan itu yg muncul dalam kamus bibir mereka...sesiapa yg tak dalam kelompok mereka tak selamat..????

Ya ALLAH!!!! Kuatkan hatiku ..Kuatkan akidah ku kepada -Mu Allah...

Janganlah terlalu taksub kepada seseorang walaupun kita tahu dia adalah golongan alim kerana akan merosakkan akidah dan blh membatalkan iman kita...terlalu taksub hinggakan segala perbuatannya kita jadikan contoh dan ikutan dalam hidup kita...yang mana ada antaranya bukanlah perbuatan sunnah Rasul sendiri..terlalu taksub dengan kata2nya dan segala mimpi2nya...adalah menjadi satu kesalahan jika terlalu bergantung kepada orang yang kita taksub hinggakan merasakan diri tak akan selamat jika tidak berhubung dengan orang2 tersebut dan tidak akan selamat jika tidak ikut jalannya... ada sesiapa yg boleh berkongsi info tak tentang perkara ni sama ada pengalaman dirinya atau sebagainya...??