Wednesday, June 18, 2014

Masanya Telah Tiba

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan,
kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul,
kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula datang…
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah..
Hebatkan Allah? Semua ada hikmah..

Ujian hati....tiba lagi pada kali ini...
Masya Allah...
Ya Allah..kuatkanlah datiku ini ya Allah....




Cintaku Pada Awal Remaja (EP 1)

Cinta??? Ada apa ye dengan cinta? Urm, nak dikatakanlah masa kanak-kanak dahulu aku pernah suka dengan seseorang. Sape ye..? Hehehe.. Tu masa kecik-kecik la dulu. Rasa macam manis je dan nak kenang semula. Masa tu aku suka sangat kan kat sorang budak lelaki ni. Dia ni sebenarnya baru je pindah ke sekolah agama aku. Sekolah Agama Peserai. Dia ni tak lah hensem tapi manis dan cute la sebenarnya.

Kalau tanya aku rindu tak alam tu? Eh, mestilah aku rindu sangat dengan masa zaman dulu-dulu. Tapi di mana dia kan? Dia memang suka aku juga masa tuh. (Chewah...ni perasan la ni..) Ye la kitorang balik sekolah sama-sama masing-masing naik basikal. Kami siap lumba lagi. Kalau tak pun ayah dia yang akan hantar kitorang pergi sekolah sama-sama atau ayah dia akan ambil kitorang balik sekolah agama. Seronok sangat masa tu. Tapi sekarang ni dah besar. Masing-masing dah bawa haluan sendiri.

Ok, nanti aku sambung lagi ya. Ni baru episod 1 cinta awal remaja. Nanti sambung balik. Akan datang....coming soon...hehehe

My Crush
Kau ukir padaku senyuman hai manisnya
Kau renung mataku rasa luar biasa
Bagiku dirimu adalah segalanya
Bagimu diriku hanya teman biasa

Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
You are my crush masih rahsia
Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu
Tapi…tak termampu

Senyummu dan ketawa buatku tergoda
Hatiku takkan berubah hanya dirimu saja
Bagiku dirimu kurniaan terindah
Bagimu diriku bercinta takkan pernah

Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
You are my crush masih rahsia
Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu
Tapi…tak termampu

Tiap kali berjumpa 
hati terasa ada cinta
Namun tak mampu luahkannya
lidah kelu tak terkata
Kini ku tertanya-tanya
 sudahkah engkau berpunya
Jika masih tiada siapa 
ingin ku mulakan langkah

Bila ku ingin bicara kata tak mampu terluah
Kerana pesonamu membuat ku merasa
Sebuah cinta dan harapan 
penuh dengan oh cabaran

Segalanya Pasti Ada Hikmah

Rupa-rupanya dah setahun tidak menjengah ke blog yang aku sayang ni.... rasanya dah penuh sawang-sawang dah ni...Di sini ingin aku kongsikan sebuah kisah yang pernah berlaku kepada diriku ini.. 

Kisahnya macam ni... Opppssss..sebelum tu, seringkali kan kita dengar ayat macam ni kalau kita ditimpa kesusahan atau ditimpa musibah? "sabarlah, pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini.” Ayat ini sering diucapkan oleh seseorg kepada seseorang yang biasanya di landa musibah. Tidak kira sama ada ditimpa bencana, kemalangan, kekecewaan, kematian dan sebagainya.

Ayat ni pun biasanya dilontarkan dengan tujuan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa musibah tersebut sama ada ikhlas atau tidak atau sekadar untuk menyedapkan hati, hanya si penutur sahaja yang tahu kan???.

Sejauh mana  kata-kata "'Ada hikmah di sebalik kejadian” ini akan difahami oleh penutur dan sejauh mana pula orang yang ditimpa kesusahan itu dapat menerimanya kan??
 
Apabila aku meneliti perkara-perkara yang pernah berlaku kepada diriku sejak saya kecil hingga kini, semuanya tentu ada hubung kait. Apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita telah direncanakan oleh Allah. Selalu sangat jika kecewa atau sedih kita tentu akan menyalahkan Allah kenapa buat begitu, kenapalah aku diuji begini, kenapalah aku diberikan begini...kenapa kita tidak fikirkan apa yang telah Allah beri banyak sangat kepada kita tetapi kita tidak pernah rasa syukur.

Hikmahnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Perjalanan hidup kita sejak kecil hingga sekarang adalah milik-Nya. Memang Dia yang Maha Berkuasa terhadap kita kerana kita adalah hamba-Nya. 

Tak perlulah kita nak mempersoalkan kenapa aku miskin, kenapa aku tak kaya, kenapa aku tak kawin-kawin sampai sekarang sedangkan kawan-kawan yang lain dah beranak pinak, kenapalah dia curang (bg yang putus cinta), kenapalah dia ceraikan aku, kenapa anak aku cacat, kenapa kawan aku tikam aku dari belakang, kenapa aku difitnah dan dikata yang bukan aku buat, kenapa itu, kenapa ini dan macam-macam lagi keluhan yang sering keluar dari bibir kita... Ingatlah semua itu ada ujian Allah SWT. 

Dalam jangka masa pendek atau panjang (mungkin makan masa bertahun-tahun) barulah kita nampak hikmah yang Allah sembunyikan daripada kita sebenarnya. Selebihnya jika kita ditimpa musibah, kekecewaan, kesedihan, banyakkan bersabar, beristighfar, mengingati Allah, berbaik sangka, berasa senang dengan ujian Allah SWT. In sha Allah, suatu masa nanti Allah akan anugerahkan kita apa yang kita mahukan dan semestinya apa yang Dia mahukan untuk kita yang terbaik Dia akan berikan kepada kita.

Ok lah...aku sambung kisah benar aku... aku ni mula nak berjogging..semangatlah nak turunkan berat badan aku....maklum sahaja...berat badan makin naik..so tiap-tiap hari aku jogging... dan pada hari Jumaat 13 Jun 2014 bersamaan 16 Syaaban 1435H pagi-pagi lagi aku dah ke Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi... sebab nak jogging punya pasal... Aku rasa nak sekejap je..dan hati aku dah tak sedap masa tu sebab aku ni tak de penginapan di UKM masa tu..kolej tak bagi sewa...so aku letak barang-barang aku dalam kereta je..masa tengah jogging tu..sekumpulan Nutrition Herba Life sdang buat aerobik dan ajak aku join mereka..hati aku taksedap dan tak nak join..tapi sbb nak hormati mereka, aku ikut je la..dalam hati sangat-sangat tak sedap kerana ada laptop dan handbag dalam kereta aku...😢😢😲😲

Habis je aku join Herbalife tu aku terus ke kereta...dan Ya Allah...terkejutnya aku.... sebab laptop aku dan handbag aku telah dilarikan... aku buntu dan aku lihat suspect tinggalkan handphone je.. aku call kumpulan herbalife minta tolong..dan Wan hantar aku ke Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk report... Dan seterusnya ke Balai Polis Kajang utk wat siasatan...Polis dapati kereta aku telah diumpil...Suspect mungkin memakai sarung tangan kerana tiada kesan cap jari di kereta aku...

Hatiku menjerit-jerit kerana laptop yang aku sayang dah tak de.... Dengan tugasan assigment aku banyak lagi belum siap.... 😩😩

Ya Allah... Sukarnya untuk menuntut ilmu pada kali ini... besarnya ujian yang Kau berikan kepadaku.... Dalam menuntut ilmu ini, telah banyak ujian yang diberikan kepadaku...dari segi kawan-kawan di tempat kerja, dengan urusan biasiswa lagi dan ini pula yang ujian aku terpaksa hadapi walaupun aku tak mampu dan tak kuat...

Tetapi aku sedar, ada hikmah disebalik kejadian ini... sebab sebelum ini ada peristiwa yang berlaku antara adik angkat aku ni ngn family dia..di mana aku dituduh sebagai perosak keluarga mereka adik beradik, aku dikatakan orang yang sakit mental..aku juga dikatakan suka sama perempuan..dan macam-macam lagi kepada aku... Alhamdulillah berkat kesabaran dan doaku siang malam...akhirnya Allah makbulkan doaku dengan menyelesaikan kemelut ini..tetapi Allah ambil semula apa yang aku ada...


Daripada kejadian ini, alhamdulillah ayah adik angkat aku telah pandang positif pada diriku..dan aku bukan seperti yang diperkatakan oleh yang lain-lain... Apabila aku telah kehilangan duit dan lain-lain ini, mak dan ayah adk agkat aku telah meminta aku tinggal sementara di rumah mereka kerana aku tak de langsung duit..nak tunggu gaji lambat lagi...kalau aku ada duit aku dah sewa hotel ke atau apa dah...sebab tak nak susahkan orang...

Ya Allah berilah balasan kebaikan kepada famili ini kerana telah membantuku  dan Kau juga yang Maha Berkuasa atas segalanya.....