Wednesday, June 18, 2014

Segalanya Pasti Ada Hikmah

Rupa-rupanya dah setahun tidak menjengah ke blog yang aku sayang ni.... rasanya dah penuh sawang-sawang dah ni...Di sini ingin aku kongsikan sebuah kisah yang pernah berlaku kepada diriku ini.. 

Kisahnya macam ni... Opppssss..sebelum tu, seringkali kan kita dengar ayat macam ni kalau kita ditimpa kesusahan atau ditimpa musibah? "sabarlah, pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini.” Ayat ini sering diucapkan oleh seseorg kepada seseorang yang biasanya di landa musibah. Tidak kira sama ada ditimpa bencana, kemalangan, kekecewaan, kematian dan sebagainya.

Ayat ni pun biasanya dilontarkan dengan tujuan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa musibah tersebut sama ada ikhlas atau tidak atau sekadar untuk menyedapkan hati, hanya si penutur sahaja yang tahu kan???.

Sejauh mana  kata-kata "'Ada hikmah di sebalik kejadian” ini akan difahami oleh penutur dan sejauh mana pula orang yang ditimpa kesusahan itu dapat menerimanya kan??
 
Apabila aku meneliti perkara-perkara yang pernah berlaku kepada diriku sejak saya kecil hingga kini, semuanya tentu ada hubung kait. Apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita telah direncanakan oleh Allah. Selalu sangat jika kecewa atau sedih kita tentu akan menyalahkan Allah kenapa buat begitu, kenapalah aku diuji begini, kenapalah aku diberikan begini...kenapa kita tidak fikirkan apa yang telah Allah beri banyak sangat kepada kita tetapi kita tidak pernah rasa syukur.

Hikmahnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Perjalanan hidup kita sejak kecil hingga sekarang adalah milik-Nya. Memang Dia yang Maha Berkuasa terhadap kita kerana kita adalah hamba-Nya. 

Tak perlulah kita nak mempersoalkan kenapa aku miskin, kenapa aku tak kaya, kenapa aku tak kawin-kawin sampai sekarang sedangkan kawan-kawan yang lain dah beranak pinak, kenapalah dia curang (bg yang putus cinta), kenapalah dia ceraikan aku, kenapa anak aku cacat, kenapa kawan aku tikam aku dari belakang, kenapa aku difitnah dan dikata yang bukan aku buat, kenapa itu, kenapa ini dan macam-macam lagi keluhan yang sering keluar dari bibir kita... Ingatlah semua itu ada ujian Allah SWT. 

Dalam jangka masa pendek atau panjang (mungkin makan masa bertahun-tahun) barulah kita nampak hikmah yang Allah sembunyikan daripada kita sebenarnya. Selebihnya jika kita ditimpa musibah, kekecewaan, kesedihan, banyakkan bersabar, beristighfar, mengingati Allah, berbaik sangka, berasa senang dengan ujian Allah SWT. In sha Allah, suatu masa nanti Allah akan anugerahkan kita apa yang kita mahukan dan semestinya apa yang Dia mahukan untuk kita yang terbaik Dia akan berikan kepada kita.

Ok lah...aku sambung kisah benar aku... aku ni mula nak berjogging..semangatlah nak turunkan berat badan aku....maklum sahaja...berat badan makin naik..so tiap-tiap hari aku jogging... dan pada hari Jumaat 13 Jun 2014 bersamaan 16 Syaaban 1435H pagi-pagi lagi aku dah ke Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi... sebab nak jogging punya pasal... Aku rasa nak sekejap je..dan hati aku dah tak sedap masa tu sebab aku ni tak de penginapan di UKM masa tu..kolej tak bagi sewa...so aku letak barang-barang aku dalam kereta je..masa tengah jogging tu..sekumpulan Nutrition Herba Life sdang buat aerobik dan ajak aku join mereka..hati aku taksedap dan tak nak join..tapi sbb nak hormati mereka, aku ikut je la..dalam hati sangat-sangat tak sedap kerana ada laptop dan handbag dalam kereta aku...😢😢😲😲

Habis je aku join Herbalife tu aku terus ke kereta...dan Ya Allah...terkejutnya aku.... sebab laptop aku dan handbag aku telah dilarikan... aku buntu dan aku lihat suspect tinggalkan handphone je.. aku call kumpulan herbalife minta tolong..dan Wan hantar aku ke Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk report... Dan seterusnya ke Balai Polis Kajang utk wat siasatan...Polis dapati kereta aku telah diumpil...Suspect mungkin memakai sarung tangan kerana tiada kesan cap jari di kereta aku...

Hatiku menjerit-jerit kerana laptop yang aku sayang dah tak de.... Dengan tugasan assigment aku banyak lagi belum siap.... 😩😩

Ya Allah... Sukarnya untuk menuntut ilmu pada kali ini... besarnya ujian yang Kau berikan kepadaku.... Dalam menuntut ilmu ini, telah banyak ujian yang diberikan kepadaku...dari segi kawan-kawan di tempat kerja, dengan urusan biasiswa lagi dan ini pula yang ujian aku terpaksa hadapi walaupun aku tak mampu dan tak kuat...

Tetapi aku sedar, ada hikmah disebalik kejadian ini... sebab sebelum ini ada peristiwa yang berlaku antara adik angkat aku ni ngn family dia..di mana aku dituduh sebagai perosak keluarga mereka adik beradik, aku dikatakan orang yang sakit mental..aku juga dikatakan suka sama perempuan..dan macam-macam lagi kepada aku... Alhamdulillah berkat kesabaran dan doaku siang malam...akhirnya Allah makbulkan doaku dengan menyelesaikan kemelut ini..tetapi Allah ambil semula apa yang aku ada...


Daripada kejadian ini, alhamdulillah ayah adik angkat aku telah pandang positif pada diriku..dan aku bukan seperti yang diperkatakan oleh yang lain-lain... Apabila aku telah kehilangan duit dan lain-lain ini, mak dan ayah adk agkat aku telah meminta aku tinggal sementara di rumah mereka kerana aku tak de langsung duit..nak tunggu gaji lambat lagi...kalau aku ada duit aku dah sewa hotel ke atau apa dah...sebab tak nak susahkan orang...

Ya Allah berilah balasan kebaikan kepada famili ini kerana telah membantuku  dan Kau juga yang Maha Berkuasa atas segalanya.....

No comments:

Post a Comment