Tuesday, May 31, 2016

Memori Berkasih

Buat seseorang yang pernah hati ini menjadi miliknya satu masa dahulu.. maafkan diri ini kerana telah membuat dirimu nanar dan akhirnya hilang entah di mana..


Terakhir Untukmu

Pernah satu ketika dahulu diri ini mempunyai seorang kakak yang sangat disayangi. Pada masa itu diri ini berada di tingkatan 1 dan diriku ini merasakan bahawa insan itulah yang akan menjadi kakaknya yang dia harapkan sangat-sangat. Namun, hati ini amat keliru dengan perasaannya sendiri waktu itu. Sikapnya yang sering mendiamkan diri apabila terserempak dengan diriku, yang banyak menyepikan diri apabila bertembung dengan diri ku  dan banyak melarikan dirinya dari terserempak denganku menyebabkan diri ini berasakan bahawa diri ini tidak diperlukan dalam hidup insan itu. aku berasakan diriku ini begitu hina dan tidak layak untuk menjadi adiknya di kala itu.

Dalam pada itu, ada lagi kakak yang lain turut sama mengambil berat tentang diriku ini menyebabkan aku berasakan bahawa aku memang benar-benar tidak diperlukan dalam hidup insan itu. Ini kerana kakak itulah kakak yang pertama hadir dalam hidup seorang insan yang baharu mengenali alam asrama dan tiada siapa yang dikenalinya melainkan insan yang bergelar kakak itu sahaja yang dikenalinya pada masa itu.

Walaupun aku tidak diendahkan sebagai seorang adik pada masa itu, namun kucuba tarik perhatiannya juga namun tidak berjaya. Masa demi masa berlalu. Hari demi hari berlalu meninggalkanku. Akhirnya aku cuba pujuk hati ini agar cuba melupakannya dan kucuba pujuk hati ini agar menolaknya, namun ternyata aku tidak berjaya lakukannya kerana aku terlalu sayangkannya sebagai seorang kakak dan pernah aku berharap agar aku benar-benar menjadi sebahagian daripada keluarganya satu hari nanti. Apabila aku melihat dia gembira bersama insan-insan disekelilingnya, aku akui cemburu merantai hati ini, namun apakan daya aku tidak dipandang olehnya walau sebelah mata.

Pernah aku ingin dipindahkan dari sekolah itu ke sekolah lain tetapi aku memberontak dan menolak cadangan ibu bapaku kerana aku tidak mahu berpindah dari sekolah ini. Ini kerana hati ini tidak mahu berpisah dengan kakak yang aku sangat sayang ini walaupun dia tidak pernah memberikan reaksi dan respon kepadaku dan langsung tidak mengendahkanku. Aku menjadi takut dan kecewa setelah dirimu meninggalkan tanpa sepatah kata walhal aku sanggup meneruskan persekolahan di sekolah itu tanpa berpindah sama-mata tidak mahu berjauhan denganmu.  Namun, akhirnya aku juga yang kau tinggalkan tanpa sepatah kata. Aku rasakan bahawa pengorbananku adalah sia-sia kerana dirimu langsung seakan tidak mengendahkan kewujudanku. Saat kau tinggalku kak, aku seakan hilang semangat untuk belajar di sekolah ini. 

Aku seperti yang terhegeh-hegeh dalam hal ini dan bagaikan bertepuk sebelah tangan sahaja. Walaupun begitu aku tetap menyayanginya walau dia tidak ada perasaan sayang sedikit pun denganku. Pernah aku berdoa agar Allah menitipkan rasa kasih, sayang dan cintanya dalam hatinya kepadaku sampai bila-bila dan memegang hatinya serta menjaga hatinya kerana Allah. Aku terlalu sayangkannya sampai aku mengemis kepada Allah meminta Allah menyentuh hatinya dengan menyuntik sedikit perasaan sayang itu kepadaku dalam hatinya. Begitu sekali aku mengemis dalam kehidupan yang tak pasti ini demi mengemis cinta, kasih sayang dari sang makhluk.

Aku akui aku tidak boleh lupakannya dan aku masih ingatinya hingga kini walau telah 23 tahun perkara ini berlalu. Duhai kakak...sebenarnya diri ini amat menyayangimu sangat-sangat tetapi aku tidak tahu bagaimana haru ku luahkan kerana aku sendiri takut penerimaan dirimu terhadap diri ini. Aku sentiasa berdoa agar Allah menjaga dirimu dan hatimu, kak walau di mana dirimu berada. Saat ini sebenarnya aku telah berjumpa kembali kakak yang aku terlalu sayang ini melalui fb sahaja pd hari lahir aku yang lalu tetapi masih tiada balasan darinya mesej yang telah kuhantar. Mungkinkah dia sudah lupakan diriku atau sudah tidak pandang lagi diriku atau diriku ini telah dibuang dari kotak ingatannya. Aku reda jika itu ketentuan untukku andai akak telah melupakanku buat selamanya kerana aku yang bersalah selama ini. Akak, di sini ingin kukatakan bahawa:
"Dirimu adalah kakak yang amat kusayangi dan akak yang amat ku kasihi. Hingga kini walau telah 23 tahun perkara ini berlalu, adikmu tetap mencarimu dan mengingatimu dan sentiasa mendoakanmu, kak. Percayalah kak, akaklah akak yang pertama dalam hidupku saat ku melangkahkan kaki ke asrama yang di sana banyak mengajar kehidupan. Kakak, daku begitu rindukanmu kak dan terlalu sayangkanmu. Selama ini aku berdoa agar Allah sentiasa menjaga hatimu dan agar Allah sentiasa menjaga hati kita bersama. Aku juga berdoa agar kita dapat bertemu kembali kak walau dalam keadaan berbeza. Kak, diri ini merayu sangat-sangat kepadamu, agar menerima aku sebagai adikmu kak. Aku rindukanmu, kak."
Lagu ini kutujukan buatmu akak yang amat kusayang..... Kuharapkan agar ini adalah YANG TERAKHIR BUATKU sebelum ku dijemput pulang.
Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu menyendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku 2x


Melepaskanmu bukan mudah bagiku 

Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mngusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mngenangkan mu

 

Apakah salahku
Kau buatku begini
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku2x

 
Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang berasamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini


Oh tuhan
Kumahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini


Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku

Sudah Kutahu



Di Mana Hatimu

 Satu Nukilan Abadi

Inginku curahkan rahsia hatiku
buat insan yang kurindui selalu
Luangkan masa mu oh sayang untukku
dengarlah kasih rayuanku..

bukan ku meminta simpati darimu
duhai dewi hanya pengertian darimu
yang kuharapkan dari semenjak dulu
semoga kan terbuka lagi
pintu hatimu..

Mengapa engkau meninggalkan
diriku ketika aku memerlukan cintamu
tiada penawar rindu ku ini
yang melanda di kalbu..

Kau warnakan duniaku dgn pelangi ungu
Kau lakarkan hidup sepiku
dengan benang sutera
cintamu hingga aku terus terlena keasyikkan

dalam khayalan mimpi yang belum aku pasti
kini ku harap kau kembali
menerangi duniaku yang sepi
hatiku sunyi..

nama mu kini menjadi sebutan ku
sampai bilakah harusku pendam rasa
yang dilanda rindu pelangi cintamu
yang kini bersemadi jauh di lubuk hati.

Inilah akhir cintaku, inilah akhir kisahku
Setelah kau jauh tinggalkan aku
Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
Tak pernah aku rela kau tinggalkan aku

*Tiada ku sangka engkau berubah
Ku tak percaya kau membagi cinta
Tahukah engkau betapa sakitnya
Kau membagi cinta karna dia

[korus]
Tak pernah ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku
Sekian lama aku menunggu
Kasih di mana hatimu
Tak bisa ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku

Sekian lama aku menunggu
Kasih dimana hatimu
Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
Tak pernah aku rela kau tinggal


Kau Sakiti Hatinya? (Bahagian 1)


Hembusan angin yang begitu kencang membuatkan tudung yang dipakai Khairien melambai-lambai. Dipegangnya perlahan-lahan, namun angin yang begitu kencang membuatkan Khairien tidak mampu untuk mengawal tudungnya. Dia terus berjalan dan menaiki anak tangga Fakultinya. Seketika itu, dia amat hairan melihat sekelompok siswa yang tersenyum-senyum melihatnya.

Perasaan Khairien semakin tidak tenang dan menjadi tidak selesa diperhatikan sedemikian rupa. Dia berhenti seketika di penjuru koridor yang sudah agak jauh dari kelompok siswa-siswa itu. Diperhatikan keadaan dirinya. Ada yang tidak kena ke dengan pakaian aku? Bisik hati kecilnya. Ah! Biar sahaja mereka itu. Usah dihiraukan. Khairien terus berjalan melintasi sekelompok siswa-siswa tadi. Dia sedikitpun tidak menghiraukan mereka pandangan dan usikan mereka.

"Assalamualaikum, saudari. Kesian saudari sorang je ke jalan? Tak berteman ke? Perlukan kami sebagai peneman? " Usikan salah seorang dari kelompok siswa itu. 

Khairien terus buat tak acuh sahaja kerana sudah lali dengan usikan seperti itu. Memang pun selama ini aku seorang diri ke sana ke mari. Tetapi alhamdulillah Allah masih bersamanya.

"Hai, kesian dia. Ddahla sorang diri je berjalan, bahaya tau. Dalam keadaan angin kencang macam ni pulak tak sesuai ustazah pakai tudung yang labuh macam ni. Kan menyusahkan," usik salah seorang daripada mereka pula. 

Aku tidak menghiraukan kata-katanya. Aku terus berjalan. Tidak habis di situ saja. Kali ini aku disekat dipertengahan jalan oleh salah seorang daripada mereka yang wajahnya asyik tersengih-sengih. Badannya agak kurus dan bercermin mata.

"Boleh berkenalan tak? Nama saudari? Tadikan saudari tak jawab salam kawan saya tu, berdosa tau. Tak baik buat macam tu. Kita dalam Islam ni kalau ada orang nak jalinkan hubungan silaturahim kita tak boleh tolak," usik siswa itu. 

Hatiku semakin sakit dan meluat. Inilah suasana yang aku hadapi selama baru berada tiga bulan di Universiti Malaya ini. Aku pelajar baru di sini. Pelajar yang selalu diganggu dan diusik oleh senior-senior terutamanya senior lelaki. Aku juga pelik, kenapa aku yang selalu menjadi mangsa? Mengapa penampilan aku ini sering menjadi usikan siswa-siswa di sini. Kadang-kadang kesabaranku naik ke kemuncaknya. Aku beristighfar banyak-banyak.

"Ya Allah kuatkan semangatku untuk berhadapan dengan semua ini." Doaku dalam hati.

Keesokannya selepas balik dari kuliah, aku menuju ke ruang rehat kolejku di mana menempatkan urusan surat dan dokumen. Di sana aku amat terkejut kerana terdapat sepucuk surat khusus buatku. Jiwaku menjadi semakin tidak tenteram dan tidak tenang akan hal ini. Aku membacanya dengan tenang satu persatu isi surat tersebut. 

"Masya Allah! Apa yang telah berlaku kepada diriku ini Ya Allah? Siapakah gerangannya hamba Allah yang menulis surat sedemikian rupa kepada ku ini sehingga sanggup nak datang ke rumah untuk melamarku?" Getus hati Khairien.

Inilah ujian berat yang pernah aku hadapi. Memandangkan tugasku di tempat belajarku dan di kolejku sering bertambah, aku menganggapnya sebagai satu perkara yang enteng sahaja. Pernah aku menerima hadiah dan pelbagai kejutan oleh jejaka tersebut. 

Selang beberapa hari kemudian, Khairien tergamam apabila ada seorang siswi datang menghampirinya dan menghulurkan sepucuk surat dan tiga kuntum mawar merah. Apa pulak ni? Berkerut muka Khairien apabila menerima sepucuk surat dan kuntuman mawar tersebut. Puas dia memikirkan kali ini gerangan mana pula yang memberinya. Khairien membaca isi surat itu satu persatu. Aku merasakan bahawa pengirimnya mesti orang yang sama kerana luahan hatinya mempunyai maksud yang sama.

Isi surat dibuka.
"Saudari, salam perkenalan. Moga kita dapat berkenalan dengan lebih jauh. Walaupun isi surat ini pendek, tetapi ia membawa makna yang mendalam. Saya amat tertarik dengan cara saudari yang sentiasa menjaga penampilan diri sebagai seorang muslimah,dengan tudung labuh saudari hati saya meruntun agar mendekati saudari dan mengenali saudari dengan lebih dekat lagi. Moga saudari dapat menerima saya."
Jejaka Yang Sentiasa Menanti Mu.

Seketika Khairien sendiri. Dikoyaknya surat itu dan dia lemparkan ke dalam tong sampah. Dia terus berjalan masuk ke dalam bilik kuliah.

"Wei...wei...dia dah masuk, dia dah masuk," kata-kata yang keluar dari mulut siswa sekelas Khairien. Khairien berpaling ke arah mereka. Mereka semua tersenyum memandangnya 

"Ya Allah, apa pulak yang akan berlaku nanti?" Bisik hati kecil Khairien dan mengambil tempat duduknya agak jauh daripada siswa-siswa itu.

Khairien menumpukan sepenuh perhatiannya ketika pensyarahnya menerangkan topik-topik penting di dalam kelas.

"Untuk tajuk ini kamu semua kena siapkan satu assigment bagi memenuhi lagi 40% markah. Bahagi dalam kumpulan. Satu kumpulan sekurangnya-kurannya empat orang."Kata Dr. Rashidi.

"Dr., tak pe, pasal kumpulan saya rasa biar saya tetapkan. Nanti saya berikan senarai nama tu pada Dr. Saya rasa itu lebih senang," sampuk Syarkawi selaku ketua kelas kami. 

Masing-masing setuju dengan pendapat Syarkawi. Aku mengikut sahaja dengan pendapat mereka.

Tidak pernah kuduga, cadangan Syarkawi itu ada rahsia di sebaliknya. Rahsia yang telah dirancang oleh mereka. Aku sama sekali tidak setuju dengan pemilihan Syarkawi dalam pembahagian kumpulan untuk tugasan assigment yang diberikan oleh Dr. Rashidi.

"Saya tak setuju kalau pembahagian kumpulan macam ni. Kenapa dalam group saya, saya sorang je perempuan? Macam mana saya nak buat kerja macam ni," protesku kepada Syarkawi. 

Syarkawi tidak menjawab. Dia berlalu begitu sahaja. Akhirnya Khairien bertemu dengan Dr. Rashidi untuk memberitahu semua itu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan. Dr. Rashidi tetap bersetuju dengan pembahagian yang telah dibuat oleh Syarkawi tadi. 

Khairien seperti mahu menangis mendengar kata-kata Dr. Rashidi. 

"Ya Allah! Mereka tidak memahami keadaan diriku." 

Hari ini hari pertama group Khairien akan bertemu untuk membincangkan tugasan mereka. Hatinya berdebar-debar. Ya Allah...Kau kuatkanlah hatiku ini. Kau lindungilah aku Ya Allah. 

Khairien tidak putus-putus berzikir dan berdoa. Hampir setengah jam dia menunggu mereka di perpustakaan. Batang hidung mereka masih tak kunjung tiba. Khairien semakin risau.

"Mereka ni nak mempermainkan aku ke?" hati kecilku tertanya.

Tidak lama kemudian

"Assalamualaikum." Satu suara kedengaran dari belakangnya.

"Waalaikumusslam," balas Khairien dan terus berpaling ke belakang.

Hanya seorang sahaja daripada mereka yang datang. Arif memandangku tidak putus-putus. Aku pelik melihatnya. Mana yang lain? Soalan itu yang mahu kutanya, tapi lidahku kelu. Aku menjadi semakin rimas dan tidak selesa dengan pandangan Arif.

"Mereka yang lain tak dapat datang. Rasanya kita berdua dululah yang bincang tajuk assigment tu," sampuk Arif sambil tersenyum-senyum memandangku.

Ah...tidak mungkin hanya kami berdua sahaja. Sesungguhnya apabila seorang perempuan dan seorang lelaki bertemu nescaya yang ketiganya adalah syaitan. Tidak sama sekali. Aku bukan seperti itu.

"Minta maaf ye Arif. Saya rasa kita kena bincang dengan semua ahli group kita. Saya rasa tak elok kita berdua saja yang bincang dulu. Nanti mereka tak tahu apa-apa pula," balasku ingin mengelak.

"Tak pe, nanti saya beritahu mereka apa yang perlu mereka lakukan," balas Arif sungguh-sungguh.

"Saya rasa tak patut macam tu. Lebih baik awak dan mereka bincang betul-betul bila masa yang sesuai untuk kita semua jumpa. Saya tak nak kita buang masa. Banyak lagi kerja-kerja yang perlu kita lakukan." Terangku dengan tegas tanpa memandang sedikitpun wajah Arif. Arif terdiam.

"Saya rasa kita tak perlu bincang apa-apa lagi hari ni. Saya balik dulu." Tegasku dan terus melangkah pergi.

"Rien, nanti dulu." Arif memanggil sambil tarik tanganku. Aku menepis dengan kuat. 

"Apa ni Arif! Berani nak pegang-pegang!" Marah benar dengan tindakan kurang sopan Arif. Khairein terus berjalan pantas meninggalkan Arif terkulat-kulat di situ. Arif cuba mengejarnya dan menghalang perjalanannya.


"Awak ni apa pada saya? Tepilah! Saya nak balik. Awak ni tak faham-faham ke!" Marah Khairien lagi.

"Khairien, boleh tak awak beri ruang untuk Erie seketika. Jangan sombong sangat. Boleh tak faham keadaan dan perasaan hati Erie terhadap awak selama ni. Kenapa awak tak pernah faham hati dan perasan Erie. Sampai hati awak buang surat dan bunga yang Erie berikan." Luah Arif dengan penuh perasaan.

"Hmmm, bahasakan dirinya dengan nama manja pula. Ya Allah! Jagalah hatiku Ya Allah. Didiklah hatiku agar tidak tersasar kepada cinta yang bukan sepatutnya." Hatinya berkata penuh syahdu. Takut tersasar dari jalan Allah.

"Arif, maaf. Saya tak faham apa yang awak maksudkan." Balasku.

"Khairien, Erie sukakan awak. Tapi awak tak pernah beri Erie peluang. Awak tak pernah fahami perasaan Erie. Dari awal lagi Erie dah suka awak dan penampilan awak menjadikan Erie begitu tertarik untuk mendekati Rien. Please, fahamilah Erie. Maafkan Erie juga atas kejadian di padang tempoh hari. Erie tak sengaja buat Rien macam tu. Erie tahu Rien nak tarbiyah Erie tapi... ," ujar Arif sambil menundukkan wajahnya ke lantai.

Ya Allah... apa semua ini? Aku terkejut, terkejut dengan kata-kata Arif.

"Arif, kita ke sini nak belajar, kita baru je dua bulan lebih di sini. Tak payahlah nak fikir-fikir benda tu lagi. Saya rasa kita tumpukan dulu pelajaran kita. Boleh ye?" Nasihat Khairien.

"Itu Erie tahu. Tapi Erie dah sukakan awak sangat. Tolonglah fahami Erie, Khairien. Erie dah tak tau nak buat apa lagi. Semua pemberian Erie, Khairien tolak dan tak terima. Macam-macam Erie buat untuk tambat Kahirien di kolej, sempena hari lahir Khairien pun Khairien tak hargai. Apa yang Erie nak buat lagi untuk tambat hati Khairien," rayu Arif.

Ya Allah! Kuatkan hatiku Ya Allah. Jangan kau luluhkan hatiku dengan kata-kata Arif ini Ya Allah! Jagalah hatiku Ya Allah. Ku mohon Kau menjaga hatiku ini tatkala bersama lelaki yang bukan mahram dengan ku.

"Macam nilah Arif. Saya rasa awak balik dulu. Banyakkan doa kepada Allah. Minta petunjuk daripada-Nya. Saya minta awak buatlah istikharah dahulu. Sesungguhnya petunjuk dari Allah amat bermakna. Jika petunjuk dari-Nya adalah saya, saya terima ketentuan-Nya. Suka dan cinta tu tak salah, tapi kita kena sesuaikan dengan syariat, batasan iman yang kita ada. Maaf ye Arif, saya minta diri dulu," pintaku lalu berlalu pergi.

Kata-kataku itu membuatkan ada garis-garis kecewa dan patah hati di wajah Arif.

Malam ini aku sibuk mentelaah tajuk-tajuk yang bakal dipelajari esok hari. Teman sebilik pla masih lagi belum pulang. Aku memandang bintang-bintang di langit yang berkelip-kelipan melalui jendela bilikku. Begitu indah sekali kebesaran dan ciptaan Allah. Sesungguhnya kekuasaan dan kasih sayang Allah itu tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun. Tiba-tiba bunyi deringan telefon bimbit mematikan lamunanku.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusslam," jawab Khairien dan terkejut seketika. Suara yang pernah didengarinya sebelum ini. Arif!! Apa yang dia mahu lagi? Ya Allah!! Khairien hanya diam.

"Khairien. Awak sihat?" Tanya Arif dengan nada yang agak terketar-ketar.

"Sihat. Kenapa ye? Oh ya, macam mana dengan kawan-kawan yang lain, bila boleh kita jumpa untuk bincang tajuk assigment kita tu?" Balas Khairien cuba tukar topik lain dan malas nak layan mamat ni.

"Rien, boleh saya cakap sesuatu dengan awak?" Tanya Arif tidak menjawab langsung soalan yang ditanya.

"Saya rasa kalau perkara itu penting dan perlu dikatakan sekarang silakan. Jika tidak penting, tak perlulah cakap sekarang. Saya ada kerja sekarang, maaf ye." Balas Khairien dengan penuh ketegasan.

"Saya harap awak dapat menerima saya." 

"Saya tidak pernah menolak seseorang tu dalam hidup saya. Apatah lagi mereka itu saudara saya sesama Islam. Saya harap awak faham dengan kata-kata saya ni. Assalamualaikum." Jawabku lalu menutup telefon.

Esoknya aku ke kuliah seperti biasa. Semua siswa sekelasku memandangku dengan pandangan yang penuh kebencian. Aku tidak menghiraukan mereka. Aku terus masuk ke kelas dan duduk di tempatku seperti biasa.

"Rien, boleh aku cakap ngan kau sikit tak?" Tanya Manisa dan menghampiriku. Wajahnya masam sahaja. Entah apa yang berlaku kepadanya.

"Ada apa Nisa. Cakaplah." Balasku sambil menyelak helaian demi helaian buku di atas meja.

"Kau ni perempuan jenis apa Rien? Sombong semacam je. Dah orang nak kat kita, terima jelah. Jangan nak memilih sangat. Sombong sangatlah kau ni. Jangan sampai satu hari semua lelaki benci kepada kau. Last-last nanti kau yang tak de jodoh. Baru kau tau langit tinggi ke rendah." Marah Manisa.

Aku tergamam. Hatiku beristighfar tidak putus-putus mendengar kata- kata Manisa itu. Apa salahku sehingga Manisa sanggup melontarkan kata-kata itu kepadaku. Perempuan apa aku katanya. Sedih mendengar kata-kata itu. Mereka tidak pernah faham Ya Allah, mereka tidak pernah mengerti apa yang ada dalam benak hatiku ini. Khairien menarik nafas panjang.

"Apa ni Manisa? Aku tak faham," balasku seolah-olah tidak tahu

"Yelah, Arif tu kan mati-mati cintakan kau, berusaha untuk menawan hati kau, kau buat tak layan je pada dia. Kau tahu tak? Dia tak makan dan sekarang ni dia tak sihat kerana kau. Hidupnya pun dah tak terurus sebab dia suka sangat kau tu. Tapi kau tak layan je dia." Bebel Marisa lagaknya macam nenek. 

"Nisa, Nisa. Cinta tu hanya pada Allah. Aku tak salahkan Arif untuk semua tu. Tapi dia kena faham, cinta antara seorang lelaki dan perempuan yang masih belum berkahwin dan cinta kepada yang bukan mahram berdosa namanya. Aku sudah jelaskan pada dia. Aku terima dia sebagai saudara sesama Islam, sebagai sahabat dan kawan. Tidak lebih daripada itu. Aku takut hatiku ini dalam ketidakredhaan Allah, dalam kemarahan Allah, Nisa. Aku tak nak hatiku dicemari oleh cinta yang bukan pada landasan syarak, Nisa. Aku takut hatiku akan kotor dan aku nak serahkan cintaku ini kepada seorang yang sah bergelar suami kepadaku kelak, Nisa. Nisa, nafsu manusia yang tidak dikawal akan mudah dirasuk oleh syaitan. Aku harap kau faham," jelas Khairien penuh kelembutan.

Manisa memandang sayu kepadaku. Pandangannya menampakkan dia jelas dengan kata-kataku itu. Aku memegang bahunya.

"Nisa, cinta itu anugerah dari Allah dan perlu dijaga dengan baik bukan diberikan kepada yang tidak selayaknya. Cinta itu kita perlu pupuk dalam diri dan hati kita. Tapi bukan untuk memuaskan nafsu. Cinta kita berlandaskan iman kepada Allah. Itu sudah pasti dapat mengawal kita dan menjadikan kita sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa mengawal setiap gerak geri diri dan hati kita. Cinta perlu diberi kepada yang hak dan aku sedang menjaga hatiku untuk diserahkan cinta ini kepada yang selayaknya dan yang hak, Nisa. Aku tak nak cinta itu hanya menjadi mainan sahaja. Amat besar maksud cinta bagi yang mengerti dan memahaminya. Aku terima dirinya jika Allah telah takdirkan dialah jodohku kelak dan di saat itu cinta akan kuberikan kepadanya." Terangku panjang lebar kepada sahabatku Manisa. Manisa hanya mengangguk.

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku orang yang sentiasa mencintai-Mu, mencintai Rasul-Mu, sentiasa mendekatkan diri kepada-Mu untuk terus mencintai-Mu dan datangkanlah insan yang kelak mencintai diriku kerana dia mencintai-Mu dalam mengharapkan redha-Mu Ya Allah...