Monday, March 5, 2012

Perjalananku menuju umrah.

Alhamdulillah, Allah takdirkan dan izinkanku untuk menunaikan umrah. Ya Allah, nikmat mana lagi yang tidak aku syukuri? Dalah harungi pelbagai ujian Kau masih memandang doa hamba-Mu yang lerdil ini.

Tanggal 19 Februari 2012 aku berangkat ke Tanah Suci Makkah. Aku pergi berseorangan tanpa mak dan abah mahupun adik beradikku. Aku tekad Ya Allah. Kalau tidak sekarang, bila lagi aku dapat ke Makkah ini? Inilah peluang yang Allah telah berikan kepadaku

Wednesday, February 15, 2012

Hatiku rindu pada tanah suci.

Ini yang sempat aku coretkan sebelum aku meninggalkan tanah air untuk ke tanah suci..Mudah-mudahan amalku diterima Allah nanti.

Ya Allah..Permudahkanlah urusan ku di sana dan permudahkanlah urusan ku untuk beribadat dan menunaikan umrah di sana nanti..izinkanlah aku untuk menziarahi maqam kekasih-Mu dan para sahabat baginda..Aku tak tahu apa perasaan ku pada kali ini. sayu, sedih, sebak melanda hati ini.

Aku bersyukur Ya Allah kerana Kau perkenankan juga hajatku ini. Selamatkanlah perjalananku dan rombonganku Ya Allah. Hiba sangat sebab inilah impianku sejak sekian lamanya. Apabila diberitahu permohonanku untuk menunaikan umrah telah diluluskan, menitis air mata ni bersyukur kepada Ya Rabb.. Bila aku dah bayar dan dah daftar melalui pakej De Mawardah, hatiku bertambah sebak dan bagikan mimpi apabila syarikat tarvel itu memberitahuku bahawa urusan visa dan lain-lain telah diselesaikan dan lulus alhamdulillah.

Tak terkata apa hati ini hanya menitipkan rasa syukur kepada Mu..
Hati bertambah berdebar-debar apabila tarikh keberangkatanku semakin hampir.
Aku akan pergi meninggalkan bumi Malaysia pada 19hb Februari ini.

Ya Allah aku pohonkan agar Kau terimalah segala amalanku ini dan redhailah hamba-Mu ini.Aku bagaikan takut seperti mahu berhadapan dengan Mu Ya Allah.
Mudah-mudahan hati ini terus kuat dan cekal. Ketenangan dan kebahagiaan serta kebenaran yang kucari mudah-mudahan akan kudapatnya di sana. Amin......


Thursday, February 9, 2012

Cinta Remaja Dakwah










Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustazah, penulis mempunyai  peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman  muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka  bawa untuk dibincangkan. 

Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya,  cinta yang mereka alami ini telah di”Islamik”kan seperti mana bank-bank,  institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah “Cinta  Ukhwah”.

Seandainya Semua Manusia Tidak Suka.............












Adakala kita terfikir… Kita mungkin tidak pernah menyusahkan hidup sesiapa, kita mungkin tidak pernah menganggu hidup orang dan tidak pernah pula membenci atau menyakiti mereka. Namun tiba-tiba sahaja mereka membenci kita. Berkata-kata buruk tentang kita di bekalang dan mengaturkan pelbagai strategi untuk menyakitkan hati kita.

Sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas dari mempunyai kekurangan pada diri. Mungkin pada cara kita bercakap, mungkin pada cara kita berjalan, mungkin pada mata, mulut, hidung dan seumpamanya yang menyebabkan ada sesetengah orang tidak suka, benci dan meluat melihat kita.

Tuesday, January 24, 2012

Mengapa Lelaki Pergi Setelah Luahkan Perasaan

Jatuh cinta adalah suatu perasaan yang indah sekali. 
Apa tidaknya, kita menganggap jatuh cinta adalah satu anugerah atau bonus yang datang pada waktu yang tidak kita sangka. Kejutan, harapan dan kenikmatan yang dialami membuatkan kita tersenyum seorang diri.

Bagi kaum wanita, adalah tidak mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang, lebih-lebih lagi jika sebelum ini anda pernah dikecewakan. Ada yang sudah jemu dengan kaum lelaki, ada yang sanggup menutup pintu hatinya pada insan lain.

Monday, January 23, 2012

Awak, tolong jangan main-mainkan perasaan perempuan

Ikhtilat: Jangan buat Kaun Muslimat Jatuh Hati Pada Kaum Muslimin...
Salam kepada semua sahibiah semua...


Ini bukanlah suatu diskriminasi gender mahupun menyalahkan sesiapa.Tapi adalah untuk mengingatkan mana yang lupa.

Tips Atasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.

Wahai Lelaki Ingatlah........

Wahai lelaki,
Wanita punya hati bukan untuk kau lukai
Mereka menagih cinta suci minta dikasihi
Wahai lelaki,
Wanita punya keindahan bukan sekadar perhiasan
Mereka amaran dalam tingkahmu membelai iman
Wahai lelaki,
Wanita punya emosi bukan untuk dimanjakan
Mereka membawa maruah untuk kau pertahankan
Wahai lelaki,
Wanita punya jasad bukan pelempias nafsumu
Mereka aset mulia demi menjaga nasabmu
Wahai lelaki,
Wanita punya tingkah bukan untuk kau takuti
Mereka dilengkapi jiwa selayaknya kau hormati
Wahai lelaki,
Wanita punya hidup bukan untuk disia-sia Mereka itu lapangan permai bagimu menabur jasa Wahai lelaki, Jika engkau penyambung warisan junjungan Baginda, pimpinlah wanitamu dijalan hasanah mengharap redhaNya.
dipetik dari : pakarcinta.com

Ombak Rindu















Apakah yang dimaksudkan bercinta? Mengapa harus bercinta? Cinta itu banyak yang boleh didefinisikan tetapi secara umumnya ialah cinta itu adalah satu perasaan sayang dan kasih terhadap seseorang insan. 
Ombak Rindu


Cintaku ibarat ombak rindu..
Wahai kaum hawa, bagi mereka yang berada di dalam lingkungan remaja, fikirlah sedalam-dalam mungkin untuk bercinta.

Mengapa Aku Yang Kau Pilih...













Di saat diriku ini terlalu banyak dosa,
Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?
Disaat ramainya manusia merobohkan agama,
Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?
Mengapa aku?
Aku banyak dosa…
Aku banyak maksiat
Aku banyak ingkar…
Aku bukan orang yang layak!

Sepetang



Suatu petang aku jalan-jalan...sedang aku jalan, aku lihat di langit...Masya Allah...Aku terkejut tgk awan-awan ni....di beberapa tempat yang berlainan ianya terbentuk dengan bentuk yang berlainan sekali...Maha Suci Engkau Ya Allah....

Gerun rasanya hatiku dan aku menyedari inilah kebesaran dan kekuasaan Allah...di dalam al-quran juga ada menyatakan yang lebih kurang begini makusdnya: "apakah kamu tidak melihat dilangit apa yang Aku ciptaan..dan di bumi apa yang telah aku berikan.." lebih kurang macam ni la..aku pun lupa maksud ayat dan surah apa..

Maha Kuasa Allah.......

jika diperhatikan gambar ini...nampaknya seperti air laut atau ombak yang sedang memecah pantai....namun, inilah bukti kekuasaan Allah.. Ini bukan ombak atau air laut tetapi inilah awan yang membentuk omabak besar atau dikenali tsunami. Gambar awan yang terbentuk seperti ombak tsunami ini sebenarnya dirakamkan dan dapat dilihat di Sandakan, Sabah.

Sunday, January 22, 2012

CINTA Membutakan????


CINTA Membutakan????


Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya. 

Untaian kalimat yang seakan menusuk ulu hati saya, teringat bahawa selama beberapa bulan yang lalu begitu saya dibutakan oleh cinta yang palsu. Ya, cinta telah melumpuhkan fikiran saya dan memainkan emosi saya dengan begitu mudah hebat
Cinta…

Citer nenek

Hai… geram betul Nenek apabila membaca laporan tentang penderaan kanak-kanak yang memang sudah beberapa kali disiarkan di media, termasuk dalam akhbar Berita Minggu Ahad lalu.

Hairan betul Nenek dengan sikap golongan yang tidak berhati perut itu, mendera kanak-kanak hingga ada yang menyebabkan kematian. Sebagai golongan dewasa, kanak-kanak patut kita sayangi. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia. 

Rinduku pada mu Madinah

Rinduku semakin meluap-luap kepada Tanah Suci MAkkah dan Madinah..
Ya Allah akhirnya Kau tunaikan hajatku utnuk ke rumah-Mu dan ke Tanah Suci


Madinah..Ya Allah, aku bersyukur yang amat sangat...Akhirnya Kau izinkan aku untuk ke sana.

Namun, hati ini menjadi gerun dengan sgala dosaku yang pernah aku lakukan. Adakah Kau telah menerima taubatku Ya Allah..

Ampunilah daku YA Allah..Andai kematian menjemput ku kelak..Biarlah aku meninggal dalam keadaan KAu redhai ku dan golongkan lah aku dalam kalangan orang-orang yang Kau redhai, dan kau kasihi Ya Allah.. Golongkanlah aku dalam golongan orang-orang yang beriman..Aku ingin sekali menemui Rasul-Mu dan matikanlah aku dalam keadaan akidah ku kukuh tersimpul dengan-Mu...

Biarkanlah aku tersu bergantung dan berpegang teguh dengan tali-Mu Ya Allah..Biarkanlah aku terus bergantung harap dan bertawakkal sepenuhnya kepada-Mu bukan kepada manusia lainnya.

Walau siapa pun dia, aku hanya ada Kau sahaja Allah...........

Terusik dalam diam (Bahagian 2)

Program lagi. Memang dia adalah pelajar aktif di kampusnya dahulu. Bukan bermakna dia mahu cari 'publisiti' tetapi Najla memang pelajar yang tak boleh diam sendirian begitu. Sudah azali agaknya dia 'tak reti' diam dalam segala hal.

Najla gadis yang berpewatakan selamba dan mempunyai daya penarik tersendiri sememangnya ramai yang meminatinya dalam diam. Gayanya yang selamba dan ringkas dalam berpakaian menyebabkan ramai siswa yang ingin mendekatinya. Tetapi Najla sering tidak memberikan ruang apatah lagi memberikan hatinya kepada mana-mana lelaki.

Madinah & Makkah..Aku Rindu PadaMu..

Ya Allah..
Janganlah Kau palingkan hati ini
Setelah Kau berikan hidayah-Mu pada diriku ini
Ya Rahman, Ya rahim, Ya Aliy..
Aku bertaubat pada-Mu Ya Allah....
Terimalah segala taubatku dan amalanku Ya Tuhan..
Izinkanlah daku
Berada dalam kalangan mereka
Yang Kau berikan nikmat dan buka pula
mereka yang Kau murkai
serta mereka yang Kau sesatkan...

Ya Allah....
Berikanlah kepada ku kekuatan pada hamba-Mu ini..
Dalam menempuh dugaan hidup dan ujian hidup...
Ya Rahman...Ya Rahim..
Terimalah segala amal ibadatku...
Sesungguhnya aku abadikan hati ini untuk menagih cinta-Mu
Ya Malik...Ya Qudus..
Ibadatku, solatku, hidupku dan matiku..
Hanyalah untuk-Mu...

Ya Allah...
Usah Kau biarkan kilauan dunia ini
Menghalangi kami untuk terus memasuki syurga-Mu
Usahlah Kau biarkan keperitan dunia ini
Menghentikan langkahan dan ayunan kami menuju firdaus-Mu

Ya Allah.......
Teguhkanlah hati kamu ini
Kukuhkanlah komitmen hati kami ini
Cukuplah hanya Engkau tempat kami bergantung
Martabatkanlah Ya Rahman hati kami
Yang fakir dan miskin ini
Menuju jalan abadi

Ya Qudus....
Redhailah kami dalam mengharungi arus dunia ini
Rahmatilah kami dalam menongkah kemleut kemewahan ini
Dan ampunilah kami Ya Allah...

Amin.....
Ya Rabbal Alamin........

Thursday, January 12, 2012

Hatiku Hiba Lagi


Dulu pernah kusuarakan hasratku untuk menunaikan umrah..tetapi dibantah keras...Kini apabila aku ingin menunaikan umrah sekali lagi hajatku ditentang juga..Salahkah aku nak tunaikan umrah....Aku nak pergi Makkah.

Jiwa aku semakin tertekan dan semakin terjerat berada dalam keadaan seperti ini.... Aku jadi tidak keruan. Apa sahaja yang aku nak buat ada sahaja buruk pada pandangannya. Aku dikatakan degil dan lain-lain... Mereka boleh buat apa yang mereka kehendaki.

Aku jadi menyampah dan bosan serta meluat.... Benci dengan situasi ini... Andai diredhai Allah dan Rasul-Nya, redhakan daku ya Allah. Namun jika tidak berada dalam redha Allah dan rasul-Nya, Kau bimbinglah dan berilah jalan penyelesaian dengan cara yang baik Ya Allah. Tolonglah aku kali ini....