Di saat diriku ini terlalu banyak dosa,
Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?
Disaat ramainya manusia merobohkan agama,
Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?
Mengapa aku?
Aku banyak dosa…
Aku banyak maksiat…
Aku banyak ingkar…
Aku bukan orang yang layak!
Tapi mengapa aku dipilih?
Mengapa aku dilahirkan sebagai muslim?
Seingatku… aku tak pernah pun meminta…
Mengapa aku dipilih untuk berdakwah?
Ah… aku bukannya alim. aku bukannya baik.
Aku banyak riak. Aku banyak sombong. Aku banyak dosa!
Tapi Tuhan… mengapa masih aku yang Kau pilih?
Aku mahu, bahkan terlalu mahu jika diriku diazab di dunia ini. Segalanya kerana aku takut.
Ya! Aku terlalu takut. Aku takut diazab di akhirat! Diriku tak layak untuk mencium bau syurga!
Tapi Tuhan… aku tak kuat!
Aku lemah…
Dikala ujian dari-Mu datang…
Aku gagal. Bukan sekali, berkali-kali.
Aku malu Allah…
Aku segan. Aku malu dengan seluruh alam ini.
Di saat diriku dipandang mulia, rupanya di sebaliknya aku hina disisi-Mu…
Aku tak kuat bahkan terlalu ampuh hatiku…
Tuhan, jawablah… mengapa aku?
Mengapa aku yang Kau pilih?
Tuhan..
aku tak pandai bermadah… juga tidak bijak menyusun kata…
Tapi ketahuilah…
Aku merayu…
Izinkan aku menumpang hidup sekali cuma…
Agar diriku, mampu mencintai-Mu.
Terima kasih Tuhan…
kerana memilih aku…
Terima kasih Ya Rabbi.
Dan kini… Hanya diri-Mu matlamatku

No comments:
Post a Comment