Hairan betul Nenek dengan sikap golongan yang tidak berhati perut itu, mendera kanak-kanak hingga ada yang menyebabkan kematian. Sebagai golongan dewasa, kanak-kanak patut kita sayangi. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia.
Kira-kira, golongan pendera kanak-kanak ini lebih teruk daripada haiwan agaknya! Isy…isy…isy…
Dulu, waktu Nenek muda-muda, Nenek pun bekerja. Anak Nenek ada lima orang… kecoh apabila mereka melalak, bergaduh atau ketika mereka bergurau. Isy… bising tapi seronok. Tapi apabila Nenek pulang ke rumah, rasa penat di tempat kerja itu lenyap serta-merta apabila anak-anak yang waktu itu berusia di bawah 10 tahun, mengejar dan menjerit-jerit kesukaan memanggil emaknya ini. Soal bising atau mereka bergaduh tidak jadi masalah kerana maklumlah, budak-budak…
Jadi, Nenek tidak habis fikir bagaimana orang-orang yang tidak berhati perut itu boleh melakukan perbuatan kejam mendera dan memukul bantai kanak-kanak yang tidak berdosa itu.

Di mana rasa belas, di mana rasa sayang? Tidak ada? Hati batu ke? Agaknya orang-orang yang kaki dera atau panas baran dan suka memukul bantai ini ada masalah. Tapi takkanlah nak melampiaskan masalah mereka kepada kanak-kanak? Kemana perginya fikiran waras mereka?
Beberapa orang pakar berkata, mereka yang kaki dera ini berkemungkinan mempunyai masalah hutang, masalah dengan pasangan dan seumpamanya. Atau, rasa cemburu pun boleh menyebabkan mereka bertindak kasar dan ganas. Jadi, semua itu boleh menyebabkan mereka bingung, bingit hingga lupa diri.
Ada juga yang kata, keadaan sekitaran atau cara mereka dibesarkan juga mempengaruhi seseorang itu. Jika dia dibesarkan dalam suasana buruk, dikelilingi orang-orang yang kasar dari segi sikap dan pertuturan, maka dia juga berkemungkinan besar bersikap sedemikian apabila dewasa nanti.
Walaupun bukan semua orang yang dibesarkan dalam keadaan teruk begitu akan terpengaruh dengan sekitaran dia dibesarkan, tidak dapat dinafikan bahawa keadaan sekeliling memainkan peranan penting dalam mempengaruhi jiwa seseorang.
Oleh itu, kita sebagai orang tua, mesti menunjukkan contoh yang baik, bercakap dengan nada yang lembut, tidak memaki hamun atau bersikap kasar dan ganas terhadap anggota keluarga atau sesiapa saja.
Ingatlah bahawa anak-anak adalah cerminan perangai ibu bapa mereka. Jika ibu bapa tidak senonoh, tidak mustahil si anak akan membesar juga menjadi ibu atau bapa yang tidak senonoh!
Dulu, sewaktu Nenek masih anak dara, arwah bapa Nenek selalu mengingatkan Nenek agar jika mahu mencari suami, pilihlah lelaki yang latar belakang keluarganya baik dan beriman. Sebab, jika latar belakang keluarganya baik, insya-ALLAH si anak juga boleh dipercayai untuk menjadi suami dan bapa yang baik.
Jadi, marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua tidak menjadi orang yang panas baran dan kepala angin kerana orang-orang begini, jika sedang marah, sukar mengawal kemarahannya.
Apabila timbul rasa marah terhadap seseorang itu, cepat-cepatlah beristighfar dan mengambil wudhuk, agar fikiran kita lebih tenang, hingga tidak melakukan perkara-perkara bodoh.
No comments:
Post a Comment