Sunday, January 22, 2012

Terusik dalam diam (Bahagian 2)

Program lagi. Memang dia adalah pelajar aktif di kampusnya dahulu. Bukan bermakna dia mahu cari 'publisiti' tetapi Najla memang pelajar yang tak boleh diam sendirian begitu. Sudah azali agaknya dia 'tak reti' diam dalam segala hal.

Najla gadis yang berpewatakan selamba dan mempunyai daya penarik tersendiri sememangnya ramai yang meminatinya dalam diam. Gayanya yang selamba dan ringkas dalam berpakaian menyebabkan ramai siswa yang ingin mendekatinya. Tetapi Najla sering tidak memberikan ruang apatah lagi memberikan hatinya kepada mana-mana lelaki.

Tapi kenapa apabila melihatkan dan terpandangkan sahaja 'siswa' tersebut, hatinya bagaikan tertarik untuk mendekatinya dengan lebih dekat lagi. Dalam hatinya sering tertanya.."Milik Siapakah Jejaka Ini".

Melibatkan diri dalam apa jua aktiviti sudah menjadi kemestian dalam hidupnya. Rutinnya tidak seperti siswa dan siswi lain yang sering menghabsikan masanya berjalan-jalan dan 'ronda-ronda' kota besar metropolitan Kuala Lumpur itu.

Hatinya melonjak kegembiraan sekali lagi apabila siswa yang diidamkan turut menyertai aktiviti pertama di kolej mereka sejak mereka bergelar mahasiswa universiti tersebut. Najla merasakan inilah peluang untuk mendekati siswa tersebut secara tak langsung. Najla memang pantang dicabar apabila kawan-kawannya mencabar dia supaya mendekati siswa tersebut kerana siswa tersebut susah didekati dan merupakah seorang tahfiz.

Dengan gayanya yang tersendiri dia mendekati siswa tersebut dan sikapnya yang suka menyakat menyebabkan gayanya itu telah mendapat maklum balas dari siswa itu.

"Hai awak.... Awak buat apa?" Dengan gaya selamba dia menyapa.

Terkejut Hazri itu apabila disergah begitu oleh Najla.

Dalam hati.. "Ish budak pompuan jahat ni lagi... kat mana aku ada kat situ dia ada. Apa dia nak sebenarnya? Tapi kira ok la jugak dia ni...'

"Erm....tak de..tak nampak ke? Saya sedang membuat design bunting untuk program ni nanti.." Terketar-ketar jugak lah siswa itu menjawabnya.

"Owh....layan jugak awak kat saya kan..ingat tak nampak orang dah..ye lah..jalan asyik tunduk lantai jer..." usik Najla. Merah padam muka siswa tersebut bila diusik begitu.

"Owh..maaflah..sian awak.saya just nak tanya awak je..awak janganlah takut tau..atau malu..cuma nak tanya awak ni nama apa ae?"

Hish budak pompuan ni..sekali lagi dia buat dah perangai dia balik...nak jawab ke tak ni?Tak jawab karang dia kata aku ni sombong lak..Tak boleh, kena jawab jugak..Nakal la budak pompuan ni..Getus hati Hazri lagi.

"Urm, awak ni tak de keje lain ke nak kacau orang je? Ish..Pergilah tempat lain...Saya nak wat kerja pun rimas la asyik dikacau je." Alamak, aku nak jawab lain pulak yang keluar dari lidah ni. Tapi aku tengok budak pompuan ni tak tunjukkan muka marah ke kat aku? Dia sengih pulak...

"Owh, tak nak jawab. Dah marah lah tu..Tak pe, tak pe nanti kita carik nama awak..." Terus je berlalu pergi dengan meninggalkan Hazri terpinga-pinga pula.

Sape nama 'mamat' tu..Ish!Aku ni dah suka kat dia ke?Apa perasaan aku ni..Kenapa pulak dia tenung aku macam tu tadi?Adus... Getus Najla dalam hati.a

Selang beberapa hari kemudian, program telah pun berjalan seperti biasa. Najla sekali lagi terserempak dengan  Hazri si jejak idaman hatinya. Dan setelah tamat sesi aktiviti program itu, pengarah program telah berbual-bual dengan AJK program ada di situ. Dikesempatan itulah Najla mengambil kesempatan itu untuk mengusik dan menyakat kembali Hazri.

Dari atas lagi Najla sudah nampak Hazri bersama kawan-kawannya lalu..

"Budak lelaki...Pengarah program mintak korang angkat kerusi-kerusi yang korang tengah duduk tu bawa naik atas sekarang." Arah Najla dengan suka hatinya.

Tercengang dan terperanjat sekumpulan siswa apabila mendengar arahan dari Najla terutama si Hazri. Bertambah berang dia apabila lihat wajah Najla lagi yang hadir dalam hidupnya. Tak senang aku nak duduk. Pantang je budak pompuan ni ada time aku tengah nak bersenang-senang. Sungut Hazri.

"Eh, Apa lagi tunggu? Cepatlah..Karang pengarah program bising lak.." Tambah Najla bikin panas lagi.

"Eh budak pompuan! Jap lagi kitorang buat la. Pi la atas dulu.Sibuk je kat sini" Hazri jawab dengan geramnya. Huh! Bikin hati panas je budak ni tau.

Beberapa minit kemudian.....

"Eh, kenapa angkat sofa-sofa ni ke atas? Saya tak suruh korang bawak naik pun sofa-sofa ni.Esok kan kita nak guna untuk majlis penutupan.Biar je di bawah, Hazri..." Tanya Cikgu Ramli selaku pengarah program apabila terlihatkan Hazri dan kawan-kawannya membawa sofa itu ke atas.

"Owh...Hazri namanya..baru aku tau..hehehe.." Getusnya dalam hati..

"Ni budak pompuan jahat dan nakal ni tadi suruh bawak naik atas..Dia kata pengarah yang suruh bawa sofa-sofa ni ke atas.." Jawab Hazri  sambil merenung tajam Najla di sebelahnya.

"Huui...Gerunnya..dia renung tajam..Takutnya dia dah marah.." Usik Najla lagi menambahkan angin kepada si Hazri.

"Ish budak pompuan...Kalau tak kacau orang tak boleh ke?" Tergelak Hazri mendengar usikan Najla dan tergamam semua mereka di situ yang sedari tadi memandang perlakuan mereka berdua. 

Mereka semua yang berada di situ kehairanan dan terkesima kerana Hazri yang selama ini tidak memandang perempuan dan jalan hanya 'tunduk tanah' akhirnya tergelak dengan usikan Najla.

"Haa....kan dah gelak..kan hensem macam tu..macam tu lah baru ramai suka tau.." Usik Najla lagi bertambah merah padam muka Hazri malu atas usikan itu dan segera kumpulan siswa tadi membwa kembali sofa itu ke bawah.

Najla hanya tersenyum melihat telatah Hazri dan tiba-tiba........

"Eh budak pompuan, kita ada nama tau!" Jerkah Hazri

Tekejut Najla atas jerkahan itu. terbeliak matanya dengan mengetap bibir.

"Saya taulah nama awak..Hazri.. Awak, kita pun ada nama la!'' Dengan menjegilkan mata dan lagak selamba Najla segera meninggalkan Hazri dengan keadaan terpinga-pinga.

Hazri bertambah geram dan tercabar dengan gelagat Najla.

Terus dia ingin mengetahui siapakah gadis ini dan gadis ini juga dalam diam telah membuatkan hati lelakinya terusik kembali. Namun, hati lelakinya yang ingin kepada Allah menjaga tetap dikuatkan agar tidak terus hanyut.

Najla... Argh!!! Bila sahaja teringatkan nama itu, hati Hazri semakin rasa tidak keruan.  Hatinya ingin sagat tahu dan mendekati gadis nakal tetapi baik itu. Entah kenapa sejak dia mengenali Najla, hatinya sentiasa berdetak bila nama Najla meniti di bibirnya dan adakah ini namanya cinta pertama buatnya? Hazri semakin nanar.

No comments:

Post a Comment