Saturday, January 30, 2021

Bukan Aku Tapi Dia

 


Kenangan semasa remaja menerjah ruangan minda ini. Saat menulis tentang kisah abah, ingatan kembali berputar kepada arwah abah. Semua kenangan bersama arwah abah menjadi sebuah memori yang tidak akan dilupakan.

Cuti semester telah sampai dan hati ini menunggu-nunggu saat ini untuk pulang bercuti ke kampung halaman. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa mak, abah dan adik-adik semua. Rindu sangat kepada mereka tidak terkata. Keletah adik-adik terbayang di tubir mata.

Sesampainya di rumah, adik-adik tidak sabar untuk mendapatkan ole-oleh dariku walau hanya keropok sahaja. Mereka membongkar beg balik kampungku. Aku mendapatkan mak dan abah memeluk mereka dan bersalaman dengan mereka. Lega rasa hati ini dapat berjumpa mereka. Hilang rasa rindu ini kepada mak dan abah. Kami makan bersama-sama satu keluarga. Selepas makan berbual-bual dengan abah.

“Abah, Irsyad sampaikan salam pada abah dan mak dengan lafaz assalamulaikum. Katanya, bila ye boleh berjumpa dengan abah..” Aku memulakan bicara dengan abah.

“Waalaikumussalam. Angah, Irsyad ni kawan angah di universiti ye?” Tanya abah sambil tersenyum.

 “Ye, bah. Kawan angah tapikan abah, dia fakulti lain. Angah dan dia tak sama fakulti pun. Tapi pelik la abah, kenapa dia cakap bila boleh jumpa abah ye?” sambil kerutkan kening aku bertanya abah kerana memang tidak faham.

“Angah betul-betul tak faham ke apa yang Irsyad sampaikan maksud tu? Atau angah buat-buat tak tahu dengan apa yang Irsyad ingin sampaikan?” Abah dengan senyum memancing kepastianku lagi.

“Eh, betullah bah.... angah tak faham langsung apa sebab dia sampaikan salam kepada mak dan abah..lepas tu kan abah, dia ada cakap, hajat di hati ni selalu tak sampai takut terlepas ke tangan orang lain je..”  

Abah tersenyum dan abah ketawa lagi.

“Angah,,betul ke tak faham? Ke... buat tak faham bila orang lelaki cakap macam tu? Bukan abah tak kenal anak abah, selalu mengelak bila orang lelaki dekat dengan dia..” Jawapan abah seakan memancing lagi soalan seterusnya.

“Abah...betul ni...orang tak faham la bah. Irsyad tu kenapa bah? Sebab banyak kali juga bah dia cakap macam tu kat orang..” Jawabku yang kadang membahasakan nama sendiri dengan ‘orang’

“Angah, sebenarnya orang lelaki yang baik ni, bila dia mula berkenan kepada seorang wanita, dia selalu akan berkirim salam dahulu kepada orang tua wanita itu dahulu. Ini adalah untuk memberitahu bahawa dia sedang meminati anaknya. Dia juga memberi ‘hint’ bahawa dia sedang berkenalan dengan anaknya itu dan akan bertemu dengan orang tuanya apabila masa yang sesuai itu tiba...” Jelas abah dengan begitu yakin. Tapi malangnya anaknya ini masih tidak faham dan berkerut-kerut lagi. Maklumlah dari kami kecil abah tidak membenarkan kami ‘bercouple’ kerana itu adalah salah dalam Islam.

“Bah...jadinya....emmm..apa ye abah??” tanyaku macam orang yang tak faham lagi waktu itu.

“Jadinya.....sebenarnya Irsyad tu suka angah dan akan jumpa abah dan mak la...maksud Irsyad...boleh abah tengok gambar dia?”

Aku jadi terpana dengan soalan abah dan terkedu tanpa kata. Semuanya tinggal kenangan antara abah, aku dan dia.

 

Kenangan pada 20.09.2000 hampir 20 tahun lalu. Gambar tiada kaitan dengan penceritaan.

No comments:

Post a Comment