Saturday, January 30, 2021

Bukan Aku Tapi Dia

 


Kenangan semasa remaja menerjah ruangan minda ini. Saat menulis tentang kisah abah, ingatan kembali berputar kepada arwah abah. Semua kenangan bersama arwah abah menjadi sebuah memori yang tidak akan dilupakan.

Ajariku Menyayangi Yang Lain











Bicara pasal abah, membawakan aku kepada kenangan bersama abah. Seorang lelaki yang hebat, terbaik dan begitu bertanggungjawab dalam segenap aspek. Dialah insan lelaki pertama yang kukenali dan kucintai bermula kulahirkan ke dunia oleh emak. 

Abah walaupun luaran nampak garang tetapi jiwanya penuh dengan kasih-sayang. Jiwa abah yang penuh dengan romantik dan sikapnya yang kelakar membuatkan rumah kami dan keluarga kami penuh keceriaan.

Teguran Penuh Hikmah dan Kasih






Semasa darjah satu, aku telah terbaling seorang budak lelaki dengan sebongkah kayu. Adui..Apa aku dah buat ni? Luka dari dan kepala budak tu sampai darah mengalir laju. Kecut jugak perut. Nak tahu kisahnya?