Friday, November 18, 2011

Nikmat Itu Perlu Disyukuri


Bila kita melakukan sesuatu
menurut hawa nafsu...
gembiranya hanya seketika
Namun Peritnya kian terasa
hati kian resah

Alangkah indah nya
NIKMAT
bila mana melakukan sesuatu dengan petunjuk
dari ALLAH
bila mana melakukan sesuatu dengan berdoa
kepada ALLAH
bila mana melakukan sesuatu dengan bersujud
kepada ALLAH

walaupun memeritkan orang lain
NAMUN terdapat hikmah tersembunyi disebaliknya

andai itu takdir nya
tiada siapa dapat menyangkalnya
andai itu telah ditakdirkan
insyaALLAH..
pasti berlaku


Kita Pernah Bersama.........

Kita pernah bersama..
Menempuh onak dan duka..
Tidak pernah putus asa..
Walau dugaan datang melanda...

Dikau pernah bertanya..
Bila bahagia akan tiba..
Ku berkata bersabarlah..
Serahkan saja pada yang Esa..

Bila masanya menjelma..
Kebahagiaan akan tiba..
Namun tidak mungkin ku lupa..
Kenangan indah kita bersama...

Menempuh onak cabaran..
Dan liku hidup yang panjang..
Tidak mungkin hidup ini sepi..
Selagi ku masih di sini...

Kini terungkai sudah..
Kisah hidup kita..
Berbekal taat dan sabar..
Pastikan berjaya...


Wednesday, November 16, 2011

Andai Aku Pergi Dulu..


Andai aku pergi dulu....
Ya Allah...
Andainya kematianku adalah terbaik untuk ku pada pandangan-Mu
Kau ambillah aku dalam keadaan aku beriman kepada-Mu..
Andaainya kehidupan untuk ku pada pandangan-Mu
Terbaik... Maka Kau teruskanlah hayatku dengan terus beriman
Dan tetap teguh dengan jalan-Mu...


Kekadang ALLAH uji kita
dengan pelbagai ujian
bukan kerna ALLAH tak sayang kita...
tapi ALLAH nak kita muhasabah kembali
apa yg dah kita buat..
supaya kita tahu mn kelemahan kita
agar-agar lepas ni kita tak kan ulanginya lagi

Kekadang ALLAH uji kita dengan kejayaan DUNIA
walaupun berjaya tetap ia berbentuk ujian
untuk menguji sejauh mana taqwa kita kepada nya
sejauh mana tawakal kita kepadanya

Untuk menguji sifat kita adakah kita akan riak
adakah kita akan sombong
kekadang ujian kesenangan menguji untuk memilih..
mahu terus dengan kesenangan tersebut
hingga kabur mata tertutup hati...

Andai kita diuji dengan dugaan
Andai kita diuji dengan kegagalan

INGATLAH..
Itu tanda kasih sayang ALLAH kepada kita
agar kita merasai kemanisan
disebalik ujian 
andai kita di uji dengan kegagalan
INGATLAH
Itu tanda kasih sayang ALLAH kepada kita
agar kita merasai kemanisan
disebalik ujian...

Friday, November 11, 2011

Musibah Itu Ujian

Semalam Yang Berlalu


Permataku
Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

C/O:
Angin...Kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...Tenang selalu...
Bayu...Sampaikan berita...
Daku kini ceria...Aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...Kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

C/O:

Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...
 

*****************************************

 

   

Andaiku Pergi


Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunan-Nya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera di sisi-Nya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayah-Mu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada-Mu

Takdir Penentu Segalanya..


Takdir Penentu

Dikau ...Membuat hidupku ceria
Dengan senyummu ku memuja kebesaran
Tuhan Yang Maha Esa

Bahgia..ku rasa tika bersamamu
Tiada apa yang dapat digambarkan
Membawa sinar baru

C/O:
Janjimu kepadaku
Sentiasa di sisiku selalu
Menempuhi segalanya
Namun kini, kau tiada lagi
Mungkin kita kan bertemu
Takdir penentu


Namun...kanku teruskan hidup ini
Kanku buktikan segala cita dan janji
Suatu hari nanti

C/O:
Sukar untuk kutemui lagi
Insan mulia yang sejati
Suka dan duka bersama kita lalui

Namunku kan terus
Cita kita janji kita
Walau kau tiada di sisiku lagi
Menempuhi segalanya
Kan ku teruskan jua
Mungkin kita kan bertemu takdir penentu }4X

Satu Hati

Satu Hati

Bilakah lagi… kita semua satu hati
Bilakah lagi….
keamanan akan dikecapi
Bilakah lagi… Islam akan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah.. kita satu hati

Bilakah lagi...kita semua satu hati
Bilakah lagi..keamanan akan dikecapi
Bilakah lagi.. Islam akan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati

Marilah bersama bersatu berjihad
Menentang kezaliman
Oh insan sedarlah..
Pembalasan Tuhan pasti akan datang

Marilah bersama bersatu berjihad
Menentang kezaliman
Oh insan sedarlah..
Pembalasan Tuhan pasti akan datang

Jangan takut
Jangan takut.... Berjuanglah untuk keamanan




Rindukan Teman Yang Dulu



Teman,
Semoga kita tetap di atas landasan yang benar...

"Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami untuk terima dan mengamalkan ajaran-Mu.Janganlah Engkau membolak-balikkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami."

Seorang sahabat seperti manusia perlunya makan.Memberi tenaga pada tubuh untuk menggerakkan sendi dan bergerak melakukan sesuatu kerja. Seorang kawan amat perlu untuk menceriakan kehidupan. Kawan memberi kita kegembiraan, membantu ketika dalam kedukacitaan. Namun,tidak semua kawan yang boleh digelar “sahabat”.Ada juga kawan yang hadir hanya merumitkan perjalanan kehidupan.

Aku suka bersahabat. Adanya sahabatlah yang membantu aku untuk terus gagah berjalan di bumi Tuhan. Ada sahabat yang baik, cuba mentarbiah diri untuk terus mengenal Tuhan dan mengajak melakukukan amalan dan mendekatkan diri aku dengan Allah.Kawan yang bergelar sahabat selalu membimbing aku ketika lemah dengan ujian Tuhan, menasihati dan menunjukkan jalan ke arah kebaikan.

Thursday, November 10, 2011

10 November ...Aku tidak pernah lupa


Hari ni 10 November 2011...

Hari ni sebenarnya birthday kakak angkat aku
Yang paling aku sayang
Dialah Sis Norlita Khamis..
Birthday yang ke....???

Dulu akak dapat sambung belajar..
Akak dapat pergi Jordan..
Akak tak bagitau aku..
Alih-alih aku dapat poskad dan call dari famili dia
Akak dah tinggalkan aku jauh-jauh...

Sakit Tulang Belakang & Saraf

Bila orang tanya, awak sakit ape? Saya cuma boleh cakap tak boleh bangun dari katil, tak mampu angkat kaki dan sakit saraf. Sekarang memang boleh jalan, dari jauh nampak sihat tapi mengalami pergerakan yang terhad.

Kalau la perjalanan hidup macam perjalanan keretapi, lancar je.. ya ALLAH hamba redha dgn ketetapan-MU.. biarlah org sekeliling tak memahami sakit hamba, tapi engkau memahami betapa sakitnya hamba.. kuatkan kesabaran hamba Ya Allah.

Antara masalah-masalah pesakit saraf dan tulang belakang ni.
1. Pergerakan yang terhad
2. Orang sekeliling kurang memahami
3. Kesan psikologi dengan 2 perkara di atas

Antara perkara yang diperlukan oleh pesakit saraf seperti:

1. Sokongan dari keluarga, saudara mara serta orang tersayang. Cuba tingkatkan pengetahuan asas dalam memberi sokongan pesakit saraf seperti membaca. Mengenal pasti kehendak pesakit. Contohnya pesakit ingin mencapai buku, sebelum pesakit meminta bantuan hulurkan buku, kita dah hulurkan. ha macam tu la.

2. Sentiasa memberi harapan kepada pesakit. Biasanya pesakit akan sentiasa rasa hilang semangat dan sentiasa berfikiran negative. Orang sekeliling harus memberi kata-kata semangat serta harapan positif kepada pesakit. Biarkan ruang pesakit mencari makna kehidupan sendiri.

3. Mengurang berat badan bagi menampung badan dengan pergerakan yang terhad.

4. Melakukan rehabilitasi dan senaman ringan seperti berjalan-jalan. Ini kerana bila pergerakan yang terhad akan menjadi kan otot badan menjadi lemah. Rehabilitasi atau senaman ringan mampu menambah kekuatan otot.

5. Menggalakkan pesakit untuk meluahkan perasaan. Antara cara paling mudah ialah dengan menulis.

Petua Mencegah sakit tulang belakang:
1. Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.

2. Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.

3. Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.

4. Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.

5. Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.

6. Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.

7. Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.

8. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

Boleh juga baca artikel-artikel berkaitan sakit saraf dan tulang belakang
- Sokongan keluarga bantu pesakit kronik
- Fahami Pemulihan Pesakit
- Kerosakan pada saraf tunjang boleh sebabkan lumpuh
- Baik pulih anggota
- Sakit Belakang
- Pengaruh Saraf Tulang Belakang dan Gejalanya pada Organ Tubuh

Semoga semua orang tabah dalam menghadapi dugaan masing-masing

Sakit Kepala

Sakit kepala ialah sakit di bahagian kepala atau bahagian tengkok. Seseorang terasa sakit bila saraf sakit (pain nerve endings) terusik (stimulated).

Saraf sakit ini bila disuntik dengan ubat bius ia tidak akan berfungsi dan kebas akan berlaku. Saraf sakit ini tidak berada di semua tempat. Contohnya di dalam otak itu sendiri tiada saraf sakit. Yang ada saraf sakit hanya di selaput otak (meninges) dan saluran darahnya sahaja.

Jadi otak jika disentuh atau dibedah ia tidak akan sakit tetapi bila terkena selaputnya maka sakit akan terasa.

Kencing Kuman

Pengenalan
Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar. Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.

Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
1. Kekurangan air dalam badan
2. Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection UTI)
3. Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B & Vit C
4. Pesakit kencing manis (diabetes)
5. Mengandung
6. Pengambilan sesetengah ubatan
7. Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
8. Batu karang dalam saluran kencing
9. Kerosakan buah pinggang

Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk  merujuk penyakit seperti itu.

Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.

Wednesday, November 9, 2011

Macam Mana Aku...???

Senyum aku hari ni sebab aku bersyukur
Ceria aku hari ini kerana aku bersyukur
Gembira aku hari ni sbb aku juga bersyukur

Cuba aku bayangkan saat-saat aku akan diambil oleh Allah
Kembali ke Rahmatullah...
Sudah sediakah aku???
Jika aku selalu boleh bersedia dengan peperiksaan
Dengan audit..penilaian..
Tetapi sudahkah aku bersedia dengan panggilan Ilahi
Yang entah bila2 sahaja

Ya Allah...
Gerunnya aku...
Menitis air mata aku....
Ya Allah..
Kau tempatkanlah aku dalam kalangan orang yang Kau kasihi..
Dalam golongan mereka yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu
Dalam kalangan orang yang Kau redhai
Dalam kalangan kekasih-Mu...
Amin.....

Doa Seorang Adik

Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.
Suatu ketika si abang berdoa memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat digunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya untuk memudahkan mereka pergi mengaji. Allah mengkabulkannya. Tidak lama kemudian sebuah kereta dapat beliau miliki hasil daripada bonus pekerjaannya.

Skrip Kehidupan


Urm..hari ni aku dengar IKIM online...sambil2 buat kerja, aku dgr motivasi sikit dari Dr Muhaya..

Kita ni sebenarnya perlu ada skrip kehidupan. Perlu ada Jurnal Kehidupan. Dulu aku adalah Jurnal Kehidupan.. Skrip kehidupan ni penting sbb orang tu dapat tentukan diri dan masa depannya. Dia maknanya ada matlamat hidup.

Kata Dr Muhaya.. Kita kena jaga diri kita sendiri sebelum kita jaga orang lain... Kita ni sebenarnya buat kerja ni nak cari redha Allah ke nak cari redha Allah?? Kita ni selalu fikir orang kata ke fikir apa yang Allah kata?? Erm.. Aku muhasabah balik diri aku. Selama ni aku buat untuk orang ke untuk DIA? Masya Allah..

Aku sedih dengar seorang yang telah membuat panggilan ke IKIM ni tadi... Dia ada sakit barah otak.. Ya Allah.. Kuatnya hati dan tabahnya dia. Dia nak hidup kerana Allah. Dia hanya cintakan Allah. Lalu Allah uji dia dengan sakit. Umurnya baru 33 tahun dan dia bagitahu dia memang tak niat nak kahwin dari dulu kerana dia hanya CINTAKAN Allah sahaja. Rupanya apa yang dia nak iaitu CINTA Allah, Allah bagi ujian kat dia iaitu tumor otak.

Dia pasrah dan dia bersykur sangat.. Dia redha kerana selama ni dia nak Allah, Allah bagi. Jadi dia tak nak kahwin, Allah pun tunaikan hasrat dioa dengan Allah bagi dia ujian itu. Dia tak mengeluh pun. Tabahnya hati dia. Dr Muhaya pesan kat wanita itu, semoga dia menjadi KEKASIH / WALI Allah.. Tinggi darjatnya di sisi Allah.. Ya Allah.. Aku juga ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang cintanya hanya untuk-Nya...

Mudah2an aku digolongkan dalam golongna orang yang Kau kasihi, redhai, beriman dan para kekasih-Mu Ya Rabb, Perkenankanlah doaku ini.... Amin...........

Tabahnya wanita tersebut.....

Tuesday, November 8, 2011

Pesona Dunia

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa ?kan padam akhirnya
Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia ?kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati
Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan

“Untuk berjaya, Anda kena sanggup gagal kemudian bangkit dari kegagalan”.


Kejayaan adalah satu perjalanan (journey). Kejayaan bukan sebuah destinasi kerana apabila Anda anggap kejayaan sebagai sebuah destinasi, hidup Anda tidak akan berkembang kerana Anda tidak terdorong untuk mencapai kejayaan-kejayaan lain yang lebih besar.

Anda tidak akan berimpian besar (dream big).

Jika Anda teliti sejarah hidup orang-orang berjaya, mereka sebenarnya tidak menganggap diri mereka berjaya, sebaliknya mereka anggap apa yang mereka capai sebagai satu pencapaian-pencapaian kecil yang akan membawa mereka menuju kepada satu pencapaian yang lebih besar.

Kejayaan bukan situasi kebetulan, ia adalah kesan daripada tindakan berterusan dan usaha konsisten.

Anda kena berani gagal, iaitu berani mendepani situasi di mana Anda tidak dapat mencapai apa yang Anda matlamatkan. Dalam hidup, sebagai orang Islam Anda diajar konsep Qada dan Qadar, tentang nasib dan ketentuan Tuhan, Anda perlu berserah.

Kita merancang, Tuhan menentukan. Apabila gagal, terimalah kemudian bangkit dari kegagalan itu. TUHAN tidak akan ubah nasib Anda melainkan Anda sendiri ubah nasib Anda melalui tindakan, doa dan tawakal.

Sebagai contoh, jika Anda gagal mencapai gred bagus dalam pelajaran Anda, terimalah hakikat bahawa hanya setakat itulah yang Anda berjaya capai. Bila sudah gagal, belajarlah lebih tekun lagi supaya anda dapat mencapai gred lebih bagus.

Jika Anda gagal dalam ujian memandu untuk mendapat lesen memandu kereta, terimalah hakikat bahawa hanya setakat itu saja yang Anda capai, yang Anda mahir dan yang Anda tahu. Bila sudah gagal, berlatihlah lagi dan mahirkan lagi skill pemanduan Anda supaya Anda dapat melepasi ujian kemahiran memandu.

Anda diberi peluang untuk bangkit dari kegagalan. Buka mata dan lihatlah!
Peluang itu sentiasa ADA dan sentiasa TERBUKA.

Kita perlu berubah seiring dengan masa. Kesilapan yang sudah berlaku, usah diungkit lagi. Tinggalkannya di belakang, kemudian majukan diri ke hadapan.


sumber : http://www.imotivasi.net/

Jangan Berhenti Berjuang!!



Kita baru sahaja memulakan langkah pertama dalam perlumbaan kehidupan.Kita baru sahaja menulis huruf pertama dalam puisi terindah kisah kita. Kita baru sahaja mencoret goresan awal lukisan termasyhur milik kita.Kita baru sahaja membunyikan nada pertama simfoni tersyahdu.


Jangan berhenti berjuang!!!!!
Tiada manusia yang dilahirkan sebagai panglima,
Tiada pemimpin yang tidak pernah gagal,
Tiada kejayaan tanpa keringat dan air mata,
Tiada kemanisan tanpa kesakitan.


Jangan katakan takut sebelum engkau melawan,
Jangan katakan sakit sebelum engkau berdarah,
Jangan katakan tidak sebelum engkau mencuba,
Jangan katakan menyerah selagi nyawa dikandung badan!
Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit,
Tuhan tidak memberikan kesenangan tanpa kesusahan,
Tuhan tidak menawarkan matahari tanpa hujan,
Tetapi Allah menghadirkan kekuatan untuk menempuh kesusahan, penghiburan sebagai ganti air mata,
dan cahaya petunjuk di sepanjang perjalanan!

Surat Untuk Jiwa


Surat ini kutujukan untuk diriku
sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku
Yang insya-Allah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya,
Kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya,
Cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut
Pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang
Kerap kali terisi oleh cinta selain dari-Nya,

Wahai Sahabatku


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Meniti 10 Tanda Besar Kiamat

Sabda Nabi Rasulullah s.a.w.:
Keluarnya tanda-tanda kiamat itu ialah sebahagian. (ia) berturutan seperti rangkaian Marjan iaitu seperti (mutiara) yang dirangkai (diikat) pada tali. (Riwayat Imam at-Tabrani dari Abu Hurairah r.a.)
Sabda baginda s.a.w. lagi:
Tanda-tanda kiamat (besar) itu bagaikan marjan-marjan yang disusub pada dawai kawat. Pabila dawai itu diputuskan, maka sebahagiannya mengikut sebahagiannya. (Riwayat Imam Ahmad daripada  Abdullah Bin Amir r.a.)
Begitulah penjelasan Rasulullah s.a.w. tentang sifat berlakunya tanda-tanda besar kiamat di penghujung usia dunia ini nanti. Bila berlaku sahaja tanda besar kiamat yang pertama, maka selepas itu akan muncul dan berlakulah satu-persatu bakinya.

Keluarnya tanda-tanda besar kiamat (Asyratus Sa'ah) itu memahamkan, menyedarkan dan mengingatkan kita betapa dekatnya gempa kiamat yang bakal memusnahkan alam fana ini. Manusia yang hidup di kala ini terjadi tanda-tanda besar itu akan menyaksikan banyak perkara yang tidak pernah diduga olehnya selama ini.

Kalau sekiranya angin hidayah itu masih sudi menjamah jiwa akhir dunia kala itu, maka wajiblah ia bersyukur dan berterima kasih kepada Allah yang mengurniakannya rahmat-Nya. Sesungguhnya yang kembali menghadap Allah dalam keimanan kala itu adalah jumlah yang amat kecil sekali. Semoga Allah memelihara kita daripada fitnah dan huru - hara kiamat itu.


Kiamat Bukan Sandiwara.
 
Kenapa kita katakan begitu? Kerana memang wujud manusia yang menganggap soal kiamat dan akhirat itu satu 'sandiwara' sahaja dan tidak masuk akal. Mereka mempermain-mainkan kewujudan hari pembalasan itu.

Mereka ragu-ragu dengan ayat-ayat Allah yang menceritakan tentang kiamat mahupun hari akhirat. Sehingga ke saat akhir umur mereka pun, mereka masih leka dan masih melengah-lengahkan peringatan Allah s.w.t. dan pesanan Rasul-Nya.
 

Siapakah Ya'juj & Ma'juj



Siapakah Ya’juj dan Ma’juj? Rasulullah bersabda:

"Allah akan berkata (pada hari kiamat): “Wahai Adam!”
Maka ia menjawab: “Aku penuhi panggilan-Mu dengan segala kerendahan dan kebaikan hanya ada pada-Mu.” Maka Allah berkata: “Apakah sudah keluar Ba’tsunnur?” Adam bertanya: Apakah Ba’tsunnur itu?” Allah menjawab:

Di tiap-tiap 1000 orang ia ada 999 orang. Apabila ia sudah keluar, maka ketika itu anak kecil akan beruban dan setiap wanita hamil melahirkan, dan engkau akan akan melihat manusia dalam keadaan mabuk. Sebetulnya mereka tidaklah mabuk, akan tetapi (mereka terlihat seperti orang-orang yang mabuk) karena adzab Allah itu sangat pedih.

Rasulullah menjawab: “Bergembiralah kamu, karena sesungguhnya seorang laki-laki dari kamu adalah sama dengan 1000 orang dari Ya’juj dan Ma’juj.” (Hadits Riwayat Ahmad dan Muslim dari Abi Hurairah. Dalam Ash Shahihah Al Albaani, nomer 2457)Ya’juj dan Ma’juj adalah dua anak cucu Adam keturunan dari bangsa Turki. Mereka adalah turunan Yafit bin Nuh, kerana Nuh mempunyai 3 anak yaitu: Ham (nenek moyang orang Habsyi/Afrika), Sam (nenek moyang bangsa Arab, Persia dan Romawi) dan Yafit (nenek moyang bangsa Turki).
Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, yang manakah diantara kami yang satu (1 dari 1000) itu?”

Friday, November 4, 2011

Apabila Ustazah Jatuh Cinta...

Ustazah jatuh  Cinta?
Salah ke pernyataan ini?
Salahkah perasaan itu?
Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?
Mereka juga punya hati dan rasa.

Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.
 


Durrah Hannani

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab.

Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang.
Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu.  Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”


Air Mata Cinta

Semenjak aku bekerja sebagai guru ni, aku cukup risau mendengar khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun hanya sebagai guru sandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi penganggur terhormat dengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah aku dah mula jenuh mendengar leteran abah dan rungut ibu kerana mereka kata aku ni memilih kerja sangat.
Dah tak tahan rasanya, nasib baiklah aku ada kawan lama yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah yang membuka tawaran pengambilan guru sandaran. Jadi, peluang untuk mengelakkan diri dari terus menjadi bahan rungutan ini tidak kulepaskan begitu sahaja.

Hati Syahila

Fajar menyinsing. Kokokan ayam begitu nyaring. Azan yang berkumandang dari masjid desa mendayu-dayu. Sebuah pagi yang syahdu. Ila terbangkit sendiri. Lain benar azan subuh yang mengejutkan lenanya pagi ini. Merdu dan berlagu. Tidak seperti selalu. Baru Ila sedar di mana ia berada.

Selesai solat subuh, terus saja Ila ke dapur. Ibunya yang hendak ke bilik air tekejut bila melihat Ila sedang menyiapkan sarapan. Demikian juga abah yang baru selesai solat subuh. Namun di sudut hati mereka gembira. Bertuah ada anak yang mengaji agama!Dah rindu mak ni.”

“Ila bukan tak nak balik mak. Baru sangat rasanya duduk di Jordan tu. Lagi pun sekarang ringgit jatuh. Kenalah berjimat cermat,” luah Ila tatkala ibu mendakapnya sesampainya di rumah.


Kejap betul pelukan ibu, hampir sukar rasanya hendak bernafas. Rindu itu terlerai jua. Dan mereka sama-sama menangis hingga basah lencun tudung Ila yang labuh hingga ke pinggul itu. Ila lihat mata abah masa itu berkaca juga. Sebak beraduk suka agaknya.Dia ada tanyakan Ila.”

Ila terdiam. Bertanya tentang saya? Dadanya berdebar-debar.

Kenali Ciri Lelaki

Kenalilah ciri-ciri lelaki yang ada disekeliling anda...

LELAKI MISTERI
  • Percakapannya tidak terperinci menyebabkan anda banyak bertanya
  • menyembunyikan fakta
  • banyak guna perkataan ‘akan’, ‘nanti’, ‘tengoklah’, ‘ok’, ‘saya tak maksudkan macam tu’.
LELAKI PENGELAK
  • selalu mengatakan tidak ada ‘mood’
  • selalu mengatakan ‘ini bukan masa yang sesuai untuk berbincang’
  • suka menangguh kerja

Hargai Sahabat

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. tetapi kita sering terlupa akan hal itu.  Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.  Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.  Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,  itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, ‘memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Rindukan Sahabat

Bersyukur saat-saat kita dirundum masalah bahkan hati tidak tenteram, muncul sahabat yang memberi sentuhan persahabatan. Ibarat dapat membaca galau di hati ini. Masalah itu pelbagai, akan tetapi apabila sebuah persahabatan diganggu gugat itu lebih menyakitkan. Entah di mana silapnya, termenung panjang.

Thursday, November 3, 2011

Tuhan Ajarkan Cinta

Cinta adalah anugerah terindah yang pernah diterima manusia,dan akan selalu hidup dalam setiap hati manusia. Cinta bukanlah benda yang diberikan begitu saja dan lalu bisa kita buang bila kita tidak menyukainya.
Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Jangan Sedih Tentang Jodohmu


Bicara tentang jodoh dan pertemuan :

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan.
Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan, itulah kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan.
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, malah dengan segala kekurangannya, itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.
Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, itu adalah pilihan.

Bertemu Seseorang..

Apabila kamu bertemu dengan seseorang, maka lihatlah kelebihan yang ada padanya. Dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri, Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya.
Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau, katakanlah,” Dia belum menderhaka kepada Allah.Maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku. Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau,maka katakanlah; "Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku.

Perpisahan... Atau Cinta???

ni ada satu kisah......hihi amik pun dari org lain....
tgk entry ni...

Biarlah Aku Cinta Dia Dalam Diam


Hmm......cinta dalam diam.. Salah ke aku mencintai seseorang??? Hmmm... Salah ke aku mencintainya dalam diam.. Hehehe sebenarnya kisah ni berlaku masa aku kat IPT dulu.. Aku suka la ngn sorang siswa ni.. Kiranya mencintainya dalam diam.. 

Dia tak tau pun aku suka dia... Masa tu aku baru masuk dh IPT ni dah mula suka kat dia.. Start Minggu Haluan Siswa (MHS).. Siswa ni menepati citarasa aku la kiranya.. Sampai sekarng hati aku ni tak terbuka untuk mana-mana lelaki sebab aku memang CINTA dia dalam diam sampai sekarang.. 

Dengarnya sekarang dia mengajar dah.. Hmm...Tak pelah biarlah aku mencintainya dalam diam...hihihi

Mencintai Dalam Diam

Kalau kita sukakan seseorang,
Jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
Beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”  (Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang  keji.Dan suatu jalan yang buruk. (Al Israa’ : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, Namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.


.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti... Kelak ada insan yang bakal dilukai... Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki... Nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya, Gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
Nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, Kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri...
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan..... Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.

Mungkin saja rasa ini ujian yang akan menghilang atau membeku dengan perlahan... Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan... Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya....Biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. (HR. Al-Hakim)
Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahnlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.

Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

Hukum Lelaki Pakai Suasa

Ni kan dapat pertanyaan..kiranya info jugakla..aku dok sorang2 tibe2 adik ty...hukum lelaki pkai barangan cincin daripada suasa..erm...apa lgi..aku carik la dalil dan hukum berkenaan dengannya..barulah aku jelas bahawa suasa adalah campuran ngn emas..dan baru aku tahu juga antara platinum dan emas putih..heheh..kiranya bermaklumat dan bermanfaat jugakla pencarian aku ni...

jantung mu perlu sihat..

Tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk angin ahmar (strok) dan serangan jantung.
Itulah penemuan para penyelidik Britain yang menganalisa data yang diperoleh dari lebih daripada 470,000 orang dari lapan buah negara, termasuk Amerika Syarikat.


Lupus Sukar Dikesan, Tiada Penawar

Lebih lima juta penduduk dunia menghadapi masa depan yang tidak menentu selepas didiagnos dengan masalah 'systemic lupus erythematosus' (SLE) atau singkatnya Lupus.

Sehingga kini, tiada ubat dan kajian mendalam bagi menangani lupus. Simptomnya yang menyerupai simptom penyakit lain turut menyebabkan pesakit tersalah diagnos. Jadi, tidak pelik walaupun lupus sudah dikenali dalam dunia perubatan sejak 1800, ubat-ubatan mengawal lupus masih 'dipinjam' daripada penyakit lain.