Kita mungkin sesekali terluka, bahkan mungkin berkali-kali terluka dalam ajakan dakwah, terluka dalam meneruskan agenda tarbiyah bahkan terluka dalam menjaga sebuah ukhwah. Ukhwah yang selama ini digambarkan ceria tiba-tiba beransur mendung, sepi seketika. Ini baru satu dua ujian buatmu wahai pembawa agama. bukan semuanya berita sedih dan duka.
Ketahuilah diri kita dan sahabat kita tidak sama. ada ruang, dia perlu bersendiri. ada ketika, individu lain dijadikan luahan hati. ada ketika, dia datang minta dinasihati. Ada masa dia jadi emosi, pelbagai ragam sungguh sebuah persahabatan ini.
Lukanya hatimu saat ini adalah kerana cintamu padanya kerana ALLAH. Sama-sama ingin ke syurga sama-sama ingin menjauhi panasnya luka api neraka. bagi dirimu yang terluka, rawatilah. Luka itu akan sembuh semula, kepada ALLAH kita mengadu cerita. Moga ketenangan buat diriku, sahabatku dan kepada yang membaca.
Jangan pernah serik mengajak manusia pada kebaikan, jangan pernah serik dengan hubungan persahabatan. Buatlah sesiapa saja disisimu tersenyum walau dirimu sendiri yang terluka, kerana ada ALLAH untukmu yang akan merawat luka itu. Insya’ALLAH.
Hati manusia biasa mudah terluka bila putus cinta, tapi hati manusia luar biasa, berjuang di jalan ALLAH, sarat dengan cinta pada ALLAH, sahabat itu juga permata dan kekasih hati…
Sahabat antara’ puzzle’ yang melengkapkan kehidupan manusia. setiap sesuatu ada ujiannya. tatkala hati terluka kerana sahabat, j angan dibiarkan syaitan membisikkan keretakan. Kita harus bijak mendidik emosi. Beri masa pada diri, beri masa pada sahabatmu….
No comments:
Post a Comment