Wednesday, November 9, 2011

Skrip Kehidupan


Urm..hari ni aku dengar IKIM online...sambil2 buat kerja, aku dgr motivasi sikit dari Dr Muhaya..

Kita ni sebenarnya perlu ada skrip kehidupan. Perlu ada Jurnal Kehidupan. Dulu aku adalah Jurnal Kehidupan.. Skrip kehidupan ni penting sbb orang tu dapat tentukan diri dan masa depannya. Dia maknanya ada matlamat hidup.

Kata Dr Muhaya.. Kita kena jaga diri kita sendiri sebelum kita jaga orang lain... Kita ni sebenarnya buat kerja ni nak cari redha Allah ke nak cari redha Allah?? Kita ni selalu fikir orang kata ke fikir apa yang Allah kata?? Erm.. Aku muhasabah balik diri aku. Selama ni aku buat untuk orang ke untuk DIA? Masya Allah..

Aku sedih dengar seorang yang telah membuat panggilan ke IKIM ni tadi... Dia ada sakit barah otak.. Ya Allah.. Kuatnya hati dan tabahnya dia. Dia nak hidup kerana Allah. Dia hanya cintakan Allah. Lalu Allah uji dia dengan sakit. Umurnya baru 33 tahun dan dia bagitahu dia memang tak niat nak kahwin dari dulu kerana dia hanya CINTAKAN Allah sahaja. Rupanya apa yang dia nak iaitu CINTA Allah, Allah bagi ujian kat dia iaitu tumor otak.

Dia pasrah dan dia bersykur sangat.. Dia redha kerana selama ni dia nak Allah, Allah bagi. Jadi dia tak nak kahwin, Allah pun tunaikan hasrat dioa dengan Allah bagi dia ujian itu. Dia tak mengeluh pun. Tabahnya hati dia. Dr Muhaya pesan kat wanita itu, semoga dia menjadi KEKASIH / WALI Allah.. Tinggi darjatnya di sisi Allah.. Ya Allah.. Aku juga ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang cintanya hanya untuk-Nya...

Mudah2an aku digolongkan dalam golongna orang yang Kau kasihi, redhai, beriman dan para kekasih-Mu Ya Rabb, Perkenankanlah doaku ini.... Amin...........

Tabahnya wanita tersebut.....

No comments:

Post a Comment