Thursday, November 3, 2011

Mencintai Dalam Diam

Kalau kita sukakan seseorang,
Jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
Beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”  (Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang  keji.Dan suatu jalan yang buruk. (Al Israa’ : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, Namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.


.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti... Kelak ada insan yang bakal dilukai... Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki... Nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya, Gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
Nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, Kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri...
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan..... Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.

Mungkin saja rasa ini ujian yang akan menghilang atau membeku dengan perlahan... Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan... Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya....Biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. (HR. Al-Hakim)
Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahnlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.

Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

No comments:

Post a Comment