Bismillahir Rahmanir Rahim...
Aku tidak peduli. Aku tidak hiraukan semua mata manusia yang memandang. ‘Pengemis gila’, ‘Pengemis hina', 'Pengemis tak betul'. Biarlah mereka mengecop aku seperti apapun, namun aku cintakan dia.
Kerana aku memang seorang pengemis.
Pengemis yang sentiasa menagih. Menagih cinta dari-Nya. Kerana memang aku ingin sekali memiliki cinta-Nya. Kerana memang aku begitu teruja untuk sentiasa dekat dengan-Nya. Dan kerana aku juga terlalu ingin mendampingi-Nya dan didampingi-Nya setiap masa dan ketika.
Dialah yang selama ini sering membuatkan aku gembira. Dialah yang selama ini sering membuatkan aku bahagia. Dialah juga yang selama ini membuatku tenang dan aman sekali jiwaku.
Tatkala aku sedih, Dia yang datang memujuk. Dengan kalam-Nya yang cukup indah, dengan janji-Nya yang cukup romantis dan manis sekali. Dengan tuturnya penuh lunak bicara-Nya. Dan dengan suara-Nya penuh dengan pengajaaran dan didikan kepadaku.
Tatkala aku lemah, Dia sentiasa ada di sisi menguatkan aku. Tatkala aku takut, Dialah yang datang memberikanku kekuatan sekaligus menambahkan kekuatanNya dalam jiwaku. Tatkala aku hampir-hampir berputus asa, Dia memberikanku jalan keluar dan sebuah harapan.
Dengan janji-janji-Nya
yang benar, tiada satu pun yang dusta, aku terlalu asyik denganNya. Dia
tidak pernah menjauh dariku, tatkala semua manusia menjauh dariku. Dia
tidak pernah sesekali menghina aku meskipun aku sang pengemis hina dan
dina ini lagi naif. Sungguhlah bahawa dia sangat dekat dengan jiwaku
ini..
Malah, Dia senang sekali dengan perwatakanku sebagai si pengemis CINTA dan Dia tidak pernah memarahiku, tidak pernah mengherdikku. Dia malahannya, semakin sayang padaku tatkala aku terhegeh-hegeh mengemis cinta darinya. Dia malahan pula kurasakan semakin cinta padaku tatkala aku melafazkan kata-kata cinta kepadanya.
Dia juga semakin kasih padaku tatkala aku cuma ingin setia mengemis kasih darinya. Oh, indahnya hidupku tatkala aku mendapat cinta dan perhatian sepenuhnya dari Dia! Terasa dunia ini aku yang punya. Terasa indah dan tenang sekali jiwaku ini ketika dibaluti CINTA-NYA dan ketika dipujuk oleh kata-katanya. Biarpun aku cuma seorang pengemis, sungguh aku bahagia dan sungguh aku tenang sekali. Damai dan tenang sekali hatiku.
Adakah kalian miliki rasa seperti itu? Tiada cinta yang lebih asyik dan mendalam, selain cinta yang aku puja ini. Sebab itulah, aku ingin terus mengemis cintanya. Kerana Dia tidak pernah jemu dan bosan tatkala aku meminta darinya. Dia tidak pula memarahi aku. Dia juga tidak pernah mengurangi permintaanku tatkala aku semakin menjadi pengemisnya.
Dia malah menunjukkan kepadaku mahligai kasih yang tersergam indah yang dibina khas buatku. Oh, kekasih hatiku… Cintaku tidak sehebat cintamu padaku. Biarpun aku terus mengemis dan mengemis cintamu, tetap sahaja cintamu terus membunga mekar untukku. Semakin indah, lebih indah dari apa yang ada di dunia ini.
Tetapi, kenapa tidak semua orang ingin menjadi pengemis sepertiku? Kenapa tidak semua orang ingin berebut mendapatkan cinta darinya? Mungkin, kerana mereka belum dapat rasai apa yang aku rasa. Mungkin mereka masih belum sampai puncak ‘kemanisan iman’.
Ya. Mungkin saja mereka bongkak dan angkuh untuk mengemis cinta darinya. Ah, alangkah ruginya mereka! Rugi besar. Mereka fikir, dengan adanya harta yang banyak, emas yang menimbun boleh membuatkan mereka bahagia? Mereka fikir, dengan pangkat dan nama, mereka dapat membeli cinta dengan sewenangnya? Mereka sudah silap! Mereka fikir, pengemis seperti aku langsung tidak berguna?

Biarlah. Biarkan mereka dengan angan-angan
palsu mereka. Aku hanya ingin menyampaikan. Aku hanya ingin
menyampaikan sesuatu yang benar inii sahaja. Tahukah kalian?? Bahawa
apabila kita telah asyik mencintai dan memujanya kadang kita terlupa
untuk urusan lain walau sekejap sahaja..
Menariknya hati ini apabila aku
ditakdirkan menjadi SANG PENGEMIS!!!!! Walhal ramai lagi orang yang
tidak mahu menjadi pengemis hinggakan keluar air mata memohon dan
mengemis cinta-Nya....