Hati
manusia sering tidak terduga. Hati manusia kita tidak boleh baca dan salami
seperti mana kita menyelami dan merasai sebuah makanan. Kadang hati ini
merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang berlaku. Mahu kutangiskan
segala yang berlaku tidak pasti ianya berulang kembali dalam sebuah kehidupan
ini. Aku cuba meneruskan kehidupan ini walau hakikat yang kutelan dan kuterima
dalam hidup ini tidaklah seindah warna pelangi mahupun semanis gula-gula yang
dimamah di mulut. Mulut dan hati sering berhubung dan mempunyai perkaitan
antara satu sama lain yang mana ianya kadang tidak menjanjikan apa yang
diharapkan dan diperkatakakan itu benar belaka.
Kehidupan - Kematian - Sentiasa Berlegar Di Setiap Kehidupan. Roda Kehidupan Sebentar Kita Di Atas Dan Sebentar Kita Di Bawah ~Yang Hidup Pasti Mati~ Rahsia Hati Tiada Siapa Yang Tahu
Friday, September 2, 2016
Tuesday, May 31, 2016
Memori Berkasih
Buat seseorang yang pernah hati ini menjadi miliknya satu masa dahulu.. maafkan diri ini kerana telah membuat dirimu nanar dan akhirnya hilang entah di mana..
Terakhir Untukmu
Pernah satu ketika dahulu diri ini mempunyai seorang kakak yang
sangat disayangi. Pada masa itu diri ini berada di tingkatan 1 dan diriku ini
merasakan bahawa insan itulah yang akan menjadi kakaknya yang dia harapkan
sangat-sangat. Namun, hati ini amat keliru dengan perasaannya sendiri waktu
itu. Sikapnya yang sering mendiamkan diri apabila terserempak dengan diriku,
yang banyak menyepikan diri apabila bertembung dengan diri ku dan banyak melarikan dirinya dari terserempak
denganku menyebabkan diri ini berasakan bahawa diri ini tidak diperlukan dalam
hidup insan itu. aku berasakan diriku ini begitu hina dan tidak layak untuk
menjadi adiknya di kala itu.
Dalam pada itu, ada lagi kakak yang lain turut sama mengambil berat
tentang diriku ini menyebabkan aku berasakan bahawa aku memang benar-benar
tidak diperlukan dalam hidup insan itu. Ini kerana kakak itulah kakak yang
pertama hadir dalam hidup seorang insan yang baharu mengenali alam asrama dan
tiada siapa yang dikenalinya melainkan insan yang bergelar kakak itu sahaja
yang dikenalinya pada masa itu.
Walaupun aku tidak diendahkan sebagai seorang adik pada masa itu,
namun kucuba tarik perhatiannya juga namun tidak berjaya. Masa demi masa
berlalu. Hari demi hari berlalu meninggalkanku. Akhirnya aku cuba pujuk hati
ini agar cuba melupakannya dan kucuba pujuk hati ini agar menolaknya, namun
ternyata aku tidak berjaya lakukannya kerana aku terlalu sayangkannya sebagai
seorang kakak dan pernah aku berharap agar aku benar-benar menjadi sebahagian
daripada keluarganya satu hari nanti. Apabila aku melihat dia gembira bersama
insan-insan disekelilingnya, aku akui cemburu merantai hati ini, namun apakan
daya aku tidak dipandang olehnya walau sebelah mata.
Pernah aku ingin dipindahkan dari sekolah itu ke sekolah lain tetapi
aku memberontak dan menolak cadangan ibu bapaku kerana aku tidak mahu berpindah
dari sekolah ini. Ini kerana hati ini tidak mahu berpisah dengan kakak yang aku
sangat sayang ini walaupun dia tidak pernah memberikan reaksi dan respon
kepadaku dan langsung tidak mengendahkanku. Aku menjadi takut dan kecewa
setelah dirimu meninggalkan tanpa sepatah kata walhal aku sanggup meneruskan
persekolahan di sekolah itu tanpa berpindah sama-mata tidak mahu berjauhan
denganmu. Namun, akhirnya aku juga yang
kau tinggalkan tanpa sepatah kata. Aku rasakan bahawa pengorbananku adalah
sia-sia kerana dirimu langsung seakan tidak mengendahkan kewujudanku. Saat kau
tinggalku kak, aku seakan hilang semangat untuk belajar di sekolah ini.
Aku seperti yang terhegeh-hegeh dalam hal ini dan bagaikan bertepuk sebelah tangan sahaja. Walaupun begitu aku tetap menyayanginya walau dia tidak ada perasaan sayang sedikit pun denganku. Pernah aku berdoa agar Allah menitipkan rasa kasih, sayang dan cintanya dalam hatinya kepadaku sampai bila-bila dan memegang hatinya serta menjaga hatinya kerana Allah. Aku terlalu sayangkannya sampai aku mengemis kepada Allah meminta Allah menyentuh hatinya dengan menyuntik sedikit perasaan sayang itu kepadaku dalam hatinya. Begitu sekali aku mengemis dalam kehidupan yang tak pasti ini demi mengemis cinta, kasih sayang dari sang makhluk.
Aku seperti yang terhegeh-hegeh dalam hal ini dan bagaikan bertepuk sebelah tangan sahaja. Walaupun begitu aku tetap menyayanginya walau dia tidak ada perasaan sayang sedikit pun denganku. Pernah aku berdoa agar Allah menitipkan rasa kasih, sayang dan cintanya dalam hatinya kepadaku sampai bila-bila dan memegang hatinya serta menjaga hatinya kerana Allah. Aku terlalu sayangkannya sampai aku mengemis kepada Allah meminta Allah menyentuh hatinya dengan menyuntik sedikit perasaan sayang itu kepadaku dalam hatinya. Begitu sekali aku mengemis dalam kehidupan yang tak pasti ini demi mengemis cinta, kasih sayang dari sang makhluk.
Aku akui aku tidak boleh lupakannya dan aku masih ingatinya hingga
kini walau telah 23 tahun perkara ini berlalu. Duhai kakak...sebenarnya diri
ini amat menyayangimu sangat-sangat tetapi aku tidak tahu bagaimana haru ku
luahkan kerana aku sendiri takut penerimaan dirimu terhadap diri ini. Aku
sentiasa berdoa agar Allah menjaga dirimu dan hatimu, kak walau di mana dirimu
berada. Saat ini sebenarnya aku telah berjumpa kembali kakak yang aku terlalu
sayang ini melalui fb sahaja pd hari lahir aku yang lalu tetapi masih tiada
balasan darinya mesej yang telah kuhantar. Mungkinkah dia sudah lupakan diriku
atau sudah tidak pandang lagi diriku atau diriku ini telah dibuang dari kotak
ingatannya. Aku reda jika itu ketentuan untukku andai akak telah melupakanku
buat selamanya kerana aku yang bersalah selama ini. Akak, di sini ingin
kukatakan bahawa:
"Dirimu adalah kakak yang amat kusayangi dan akak yang amat ku kasihi. Hingga kini walau telah 23 tahun perkara ini berlalu, adikmu tetap mencarimu dan mengingatimu dan sentiasa mendoakanmu, kak. Percayalah kak, akaklah akak yang pertama dalam hidupku saat ku melangkahkan kaki ke asrama yang di sana banyak mengajar kehidupan. Kakak, daku begitu rindukanmu kak dan terlalu sayangkanmu. Selama ini aku berdoa agar Allah sentiasa menjaga hatimu dan agar Allah sentiasa menjaga hati kita bersama. Aku juga berdoa agar kita dapat bertemu kembali kak walau dalam keadaan berbeza. Kak, diri ini merayu sangat-sangat kepadamu, agar menerima aku sebagai adikmu kak. Aku rindukanmu, kak."
Lagu ini kutujukan buatmu akak yang amat kusayang..... Kuharapkan
agar ini adalah YANG TERAKHIR BUATKU sebelum ku dijemput pulang.
Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu menyendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku 2x
Melepaskanmu bukan mudah bagiku
Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mngusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mngenangkan mu
Apakah salahku
Kau buatku begini
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku2x
Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang berasamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini
Oh tuhan
Kumahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini
Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku
Selalu menyendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku 2x
Melepaskanmu bukan mudah bagiku
Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mngusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mngenangkan mu
Apakah salahku
Kau buatku begini
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku2x
Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang berasamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini
Oh tuhan
Kumahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini
Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku
Di Mana Hatimu
Satu Nukilan Abadi
Inginku curahkan rahsia hatiku
buat insan yang kurindui selalu
Luangkan masa mu oh sayang untukku
dengarlah kasih rayuanku..
bukan ku meminta simpati darimu
duhai dewi hanya pengertian darimu
yang kuharapkan dari semenjak dulu
semoga kan terbuka lagi
pintu hatimu..
Mengapa engkau meninggalkan
diriku ketika aku memerlukan cintamu
tiada penawar rindu ku ini
yang melanda di kalbu..
Kau warnakan duniaku dgn pelangi ungu
Kau lakarkan hidup sepiku
dengan benang sutera
cintamu hingga aku terus terlena keasyikkan
buat insan yang kurindui selalu
Luangkan masa mu oh sayang untukku
dengarlah kasih rayuanku..
bukan ku meminta simpati darimu
duhai dewi hanya pengertian darimu
yang kuharapkan dari semenjak dulu
semoga kan terbuka lagi
pintu hatimu..
Mengapa engkau meninggalkan
diriku ketika aku memerlukan cintamu
tiada penawar rindu ku ini
yang melanda di kalbu..
Kau warnakan duniaku dgn pelangi ungu
Kau lakarkan hidup sepiku
dengan benang sutera
cintamu hingga aku terus terlena keasyikkan
dalam khayalan mimpi yang belum aku pasti
kini ku harap kau kembali
menerangi duniaku yang sepi
hatiku sunyi..
nama mu kini menjadi sebutan ku
sampai bilakah harusku pendam rasa
yang dilanda rindu pelangi cintamu
yang kini bersemadi jauh di lubuk hati.
Inilah akhir cintaku, inilah akhir kisahku
Setelah kau jauh tinggalkan aku
Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
Tak pernah aku rela kau tinggalkan aku
*Tiada ku sangka engkau berubah
Ku tak percaya kau membagi cinta
Tahukah engkau betapa sakitnya
Kau membagi cinta karna dia
[korus]
Tak pernah ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku
Sekian lama aku menunggu
Kasih di mana hatimu
Tak bisa ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku
Sekian lama aku menunggu
Kasih dimana hatimu
Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
Tak pernah aku rela kau tinggal
Kau Sakiti Hatinya? (Bahagian 1)
Hembusan angin yang begitu kencang membuatkan tudung yang dipakai Khairien melambai-lambai. Dipegangnya perlahan-lahan, namun angin yang begitu kencang membuatkan Khairien tidak mampu untuk mengawal tudungnya. Dia terus berjalan dan menaiki anak tangga Fakultinya. Seketika itu, dia amat hairan melihat sekelompok siswa yang tersenyum-senyum melihatnya.
Perasaan Khairien semakin tidak tenang dan menjadi tidak selesa diperhatikan sedemikian rupa. Dia berhenti seketika di penjuru koridor yang sudah agak jauh dari kelompok siswa-siswa itu. Diperhatikan keadaan dirinya. Ada yang tidak kena ke dengan pakaian aku? Bisik hati kecilnya. Ah! Biar sahaja mereka itu. Usah dihiraukan. Khairien terus berjalan melintasi sekelompok siswa-siswa tadi. Dia sedikitpun tidak menghiraukan mereka pandangan dan usikan mereka.
"Assalamualaikum, saudari. Kesian saudari sorang je ke jalan? Tak berteman ke? Perlukan kami sebagai peneman? " Usikan salah seorang dari kelompok siswa itu.
Khairien terus buat tak acuh sahaja kerana sudah
lali dengan usikan seperti itu. Memang pun selama ini aku seorang diri ke sana ke mari. Tetapi alhamdulillah Allah masih bersamanya.
"Hai, kesian dia. Ddahla
sorang diri je berjalan, bahaya tau. Dalam keadaan angin kencang macam
ni pulak tak sesuai ustazah pakai tudung yang labuh macam ni. Kan
menyusahkan," usik salah seorang daripada mereka pula.
Aku tidak
menghiraukan kata-katanya. Aku terus berjalan. Tidak habis di situ saja.
Kali ini aku disekat dipertengahan jalan oleh salah seorang daripada
mereka yang wajahnya asyik tersengih-sengih. Badannya agak kurus dan
bercermin mata.
"Boleh berkenalan tak? Nama
saudari? Tadikan saudari tak jawab salam kawan saya tu, berdosa tau. Tak
baik buat macam tu. Kita dalam Islam ni kalau ada orang nak jalinkan
hubungan silaturahim kita tak boleh tolak," usik siswa itu.
Hatiku
semakin sakit dan meluat. Inilah suasana yang aku hadapi selama baru
berada tiga bulan di Universiti Malaya ini. Aku pelajar baru di sini.
Pelajar yang selalu diganggu dan diusik oleh senior-senior terutamanya
senior lelaki. Aku juga pelik, kenapa aku yang selalu menjadi mangsa? Mengapa penampilan aku ini sering menjadi usikan siswa-siswa di sini.
Kadang-kadang kesabaranku naik ke kemuncaknya. Aku beristighfar
banyak-banyak.
"Ya Allah kuatkan semangatku untuk berhadapan dengan semua ini." Doaku dalam hati.
Keesokannya
selepas balik dari kuliah, aku menuju ke ruang rehat kolejku di mana menempatkan urusan surat dan dokumen. Di
sana aku amat terkejut kerana terdapat sepucuk surat khusus buatku.
Jiwaku menjadi semakin tidak tenteram dan tidak tenang akan hal ini. Aku
membacanya dengan tenang satu persatu isi surat tersebut.
"Masya
Allah! Apa yang telah berlaku kepada diriku ini Ya Allah? Siapakah
gerangannya hamba Allah yang menulis surat sedemikian rupa kepada ku ini
sehingga sanggup nak datang ke rumah untuk melamarku?" Getus hati Khairien.
Inilah ujian berat yang pernah aku hadapi. Memandangkan tugasku di tempat
belajarku dan di kolejku sering bertambah, aku menganggapnya sebagai
satu perkara yang enteng sahaja. Pernah aku menerima hadiah dan pelbagai
kejutan oleh jejaka tersebut.
Selang beberapa hari kemudian, Khairien
tergamam apabila ada seorang siswi datang menghampirinya dan
menghulurkan sepucuk surat dan tiga kuntum mawar merah. Apa pulak ni?
Berkerut muka Khairien apabila menerima sepucuk surat dan kuntuman mawar
tersebut. Puas dia memikirkan kali ini gerangan mana pula yang
memberinya. Khairien membaca isi surat itu satu persatu. Aku merasakan
bahawa pengirimnya mesti orang yang sama kerana luahan hatinya mempunyai
maksud yang sama.
Isi surat dibuka.
"Saudari, salam perkenalan.
Moga kita dapat berkenalan dengan lebih jauh. Walaupun isi surat ini
pendek, tetapi ia membawa makna yang mendalam. Saya amat tertarik dengan
cara saudari yang sentiasa menjaga penampilan diri sebagai seorang muslimah,dengan tudung labuh saudari hati saya meruntun agar mendekati
saudari dan mengenali saudari dengan lebih dekat lagi. Moga saudari
dapat menerima saya."
Jejaka Yang Sentiasa Menanti Mu.
Seketika
Khairien sendiri. Dikoyaknya surat itu dan dia lemparkan ke dalam tong
sampah. Dia terus berjalan masuk ke dalam bilik kuliah.
"Wei...wei...dia dah masuk, dia dah masuk," kata-kata yang keluar dari
mulut siswa sekelas Khairien. Khairien berpaling ke arah mereka. Mereka
semua tersenyum memandangnya
"Ya Allah, apa pulak yang akan berlaku
nanti?" Bisik hati kecil Khairien dan mengambil tempat duduknya agak
jauh daripada siswa-siswa itu.
Khairien menumpukan sepenuh perhatiannya ketika pensyarahnya menerangkan topik-topik penting di dalam kelas.
"Untuk tajuk ini kamu semua kena siapkan satu assigment bagi memenuhi
lagi 40% markah. Bahagi dalam kumpulan. Satu kumpulan
sekurangnya-kurannya empat orang."Kata Dr. Rashidi.
"Dr., tak pe, pasal kumpulan saya rasa biar saya tetapkan. Nanti saya
berikan senarai nama tu pada Dr. Saya rasa itu lebih senang," sampuk
Syarkawi selaku ketua kelas kami.
Masing-masing setuju dengan pendapat
Syarkawi. Aku mengikut sahaja dengan pendapat mereka.
Tidak pernah
kuduga, cadangan Syarkawi itu ada rahsia di sebaliknya. Rahsia yang
telah dirancang oleh mereka. Aku sama sekali tidak setuju dengan
pemilihan Syarkawi dalam pembahagian kumpulan untuk tugasan assigment
yang diberikan oleh Dr. Rashidi.
"Saya tak setuju
kalau pembahagian kumpulan macam ni. Kenapa dalam group saya, saya
sorang je perempuan? Macam mana saya nak buat kerja macam ni," protesku
kepada Syarkawi.
Syarkawi tidak menjawab. Dia berlalu begitu sahaja.
Akhirnya Khairien bertemu dengan Dr. Rashidi untuk memberitahu semua
itu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan. Dr. Rashidi tetap
bersetuju dengan pembahagian yang telah dibuat oleh Syarkawi tadi.
Khairien seperti mahu menangis mendengar kata-kata Dr. Rashidi.
"Ya Allah! Mereka
tidak memahami keadaan diriku."
Hari ini hari pertama
group Khairien akan bertemu untuk membincangkan tugasan mereka. Hatinya
berdebar-debar. Ya Allah...Kau kuatkanlah hatiku ini. Kau lindungilah
aku Ya Allah.
Khairien tidak putus-putus berzikir dan berdoa. Hampir
setengah jam dia menunggu mereka di perpustakaan. Batang hidung mereka
masih tak kunjung tiba. Khairien semakin risau.
"Mereka ni nak mempermainkan aku ke?" hati kecilku tertanya.
Tidak lama kemudian
"Assalamualaikum." Satu suara kedengaran dari belakangnya.
"Waalaikumusslam," balas Khairien dan terus berpaling ke belakang.
Hanya
seorang sahaja daripada mereka yang datang. Arif memandangku tidak
putus-putus. Aku pelik melihatnya. Mana yang lain? Soalan itu yang mahu
kutanya, tapi lidahku kelu. Aku menjadi semakin rimas dan tidak selesa
dengan pandangan Arif.
"Mereka yang lain tak dapat
datang. Rasanya kita berdua dululah yang bincang tajuk assigment tu," sampuk Arif sambil tersenyum-senyum memandangku.
Ah...tidak
mungkin hanya kami berdua sahaja. Sesungguhnya apabila seorang
perempuan dan seorang lelaki bertemu nescaya yang ketiganya adalah
syaitan. Tidak sama sekali. Aku bukan seperti itu.
"Minta maaf ye
Arif. Saya rasa kita kena bincang dengan semua ahli group kita. Saya
rasa tak elok kita berdua saja yang bincang dulu. Nanti mereka tak tahu
apa-apa pula," balasku ingin mengelak.
"Tak pe, nanti saya beritahu mereka apa yang perlu mereka lakukan," balas Arif sungguh-sungguh.
"Saya rasa tak patut macam tu. Lebih baik awak dan mereka bincang
betul-betul bila masa yang sesuai untuk kita semua jumpa. Saya tak nak
kita buang masa. Banyak lagi kerja-kerja yang perlu kita lakukan." Terangku dengan tegas tanpa memandang sedikitpun wajah Arif. Arif terdiam.
"Saya rasa kita tak perlu bincang apa-apa lagi hari ni. Saya balik dulu." Tegasku dan terus melangkah pergi.
"Rien, nanti dulu." Arif memanggil sambil tarik tanganku. Aku menepis dengan
kuat.
"Apa ni Arif! Berani nak pegang-pegang!" Marah benar dengan tindakan kurang sopan Arif. Khairein terus berjalan pantas meninggalkan Arif terkulat-kulat di situ. Arif cuba mengejarnya dan menghalang perjalanannya.
"Awak ni apa pada saya? Tepilah! Saya nak balik. Awak ni tak faham-faham ke!" Marah Khairien lagi.
"Khairien, boleh tak awak beri ruang untuk Erie seketika. Jangan
sombong sangat. Boleh tak faham keadaan dan perasaan hati Erie terhadap
awak selama ni. Kenapa awak tak pernah faham hati dan perasan Erie.
Sampai hati awak buang surat dan bunga yang Erie berikan." Luah Arif
dengan penuh perasaan.
"Hmmm, bahasakan dirinya dengan
nama manja pula. Ya Allah! Jagalah hatiku Ya Allah. Didiklah hatiku
agar tidak tersasar kepada cinta yang bukan sepatutnya." Hatinya berkata penuh syahdu. Takut tersasar dari jalan Allah.
"Arif, maaf. Saya tak faham apa yang awak maksudkan." Balasku.
"Khairien, Erie sukakan awak. Tapi awak tak pernah beri Erie peluang.
Awak tak pernah fahami perasaan Erie. Dari awal lagi Erie dah suka awak
dan penampilan awak menjadikan Erie begitu tertarik untuk mendekati
Rien. Please, fahamilah Erie. Maafkan Erie juga atas kejadian di padang
tempoh hari. Erie tak sengaja buat Rien macam tu. Erie tahu Rien nak
tarbiyah Erie tapi... ," ujar Arif sambil menundukkan wajahnya ke
lantai.
Ya Allah... apa semua ini? Aku terkejut, terkejut dengan kata-kata Arif.
"Arif, kita ke sini nak belajar, kita baru je dua bulan lebih di sini.
Tak payahlah nak fikir-fikir benda tu lagi. Saya rasa kita tumpukan dulu
pelajaran kita. Boleh ye?" Nasihat Khairien.
"Itu
Erie tahu. Tapi Erie dah sukakan awak sangat. Tolonglah fahami Erie,
Khairien. Erie dah tak tau nak buat apa lagi. Semua pemberian Erie,
Khairien tolak dan tak terima. Macam-macam Erie buat untuk tambat
Kahirien di kolej, sempena hari lahir Khairien pun Khairien tak hargai. Apa yang Erie nak buat lagi untuk tambat hati Khairien," rayu Arif.
Ya
Allah! Kuatkan hatiku Ya Allah. Jangan kau luluhkan hatiku dengan
kata-kata Arif ini Ya Allah! Jagalah hatiku Ya Allah. Ku mohon Kau
menjaga hatiku ini tatkala bersama lelaki yang bukan mahram dengan ku.
"Macam nilah Arif. Saya rasa awak balik dulu. Banyakkan doa kepada
Allah. Minta petunjuk daripada-Nya. Saya minta awak buatlah istikharah
dahulu. Sesungguhnya petunjuk dari Allah amat bermakna. Jika petunjuk
dari-Nya adalah saya, saya terima ketentuan-Nya. Suka dan cinta tu tak
salah, tapi kita kena sesuaikan dengan syariat, batasan iman yang kita
ada. Maaf ye Arif, saya minta diri dulu," pintaku lalu berlalu pergi.
Kata-kataku itu membuatkan ada garis-garis kecewa dan patah hati di wajah Arif.
Malam
ini aku sibuk mentelaah tajuk-tajuk yang bakal dipelajari esok hari. Teman sebilik pla masih lagi belum pulang. Aku memandang bintang-bintang di
langit yang berkelip-kelipan melalui jendela bilikku. Begitu indah
sekali kebesaran dan ciptaan Allah. Sesungguhnya kekuasaan dan kasih sayang Allah itu tidak mampu
ditandingi oleh sesiapapun. Tiba-tiba bunyi deringan telefon bimbit mematikan lamunanku.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusslam," jawab Khairien dan terkejut seketika. Suara yang
pernah didengarinya sebelum ini. Arif!! Apa yang dia mahu lagi? Ya
Allah!! Khairien hanya diam.
"Khairien. Awak sihat?" Tanya Arif dengan nada yang agak terketar-ketar.
"Sihat. Kenapa ye? Oh ya, macam mana dengan kawan-kawan yang lain,
bila boleh kita jumpa untuk bincang tajuk assigment kita tu?" Balas
Khairien cuba tukar topik lain dan malas nak layan mamat ni.
"Rien, boleh saya cakap sesuatu dengan awak?" Tanya Arif tidak menjawab langsung soalan yang ditanya.
"Saya rasa kalau perkara itu penting dan perlu dikatakan sekarang
silakan. Jika tidak penting, tak perlulah cakap sekarang. Saya ada kerja
sekarang, maaf ye." Balas Khairien dengan penuh ketegasan.
"Saya harap awak dapat menerima saya."
"Saya tidak pernah menolak seseorang tu dalam hidup saya. Apatah lagi
mereka itu saudara saya sesama Islam. Saya harap awak faham dengan
kata-kata saya ni. Assalamualaikum." Jawabku lalu menutup telefon.
Esoknya
aku ke kuliah seperti biasa. Semua siswa sekelasku memandangku dengan
pandangan yang penuh kebencian. Aku tidak menghiraukan mereka. Aku terus
masuk ke kelas dan duduk di tempatku seperti biasa.
"Rien, boleh aku cakap ngan kau sikit tak?" Tanya Manisa dan
menghampiriku. Wajahnya masam sahaja. Entah apa yang berlaku kepadanya.
"Ada apa Nisa. Cakaplah." Balasku sambil menyelak helaian demi helaian buku di atas meja.
"Kau ni perempuan jenis apa Rien? Sombong semacam je. Dah orang nak kat
kita, terima jelah. Jangan nak memilih sangat. Sombong sangatlah kau ni. Jangan
sampai satu hari semua lelaki benci kepada kau. Last-last nanti kau yang tak de
jodoh. Baru kau tau langit tinggi ke rendah." Marah Manisa.
Aku
tergamam. Hatiku beristighfar tidak putus-putus mendengar kata- kata
Manisa itu. Apa salahku sehingga Manisa sanggup melontarkan kata-kata
itu kepadaku. Perempuan apa aku katanya. Sedih mendengar kata-kata itu.
Mereka tidak pernah faham Ya Allah, mereka tidak pernah mengerti apa
yang ada dalam benak hatiku ini. Khairien menarik nafas panjang.
"Apa ni Manisa? Aku tak faham," balasku seolah-olah tidak tahu
"Yelah, Arif tu kan mati-mati cintakan kau, berusaha untuk menawan hati
kau, kau buat tak layan je pada dia. Kau tahu tak? Dia tak makan dan
sekarang ni dia tak sihat kerana kau. Hidupnya pun dah tak terurus
sebab dia suka sangat kau tu. Tapi kau tak layan je dia." Bebel Marisa lagaknya macam nenek.
"Nisa, Nisa. Cinta tu hanya pada Allah. Aku tak
salahkan Arif untuk semua tu. Tapi dia kena faham, cinta antara seorang
lelaki dan perempuan yang masih belum berkahwin dan cinta kepada yang
bukan mahram berdosa namanya. Aku sudah jelaskan pada dia. Aku terima
dia sebagai saudara sesama Islam, sebagai sahabat dan kawan. Tidak lebih
daripada itu. Aku takut hatiku ini dalam ketidakredhaan Allah, dalam
kemarahan Allah, Nisa. Aku tak nak hatiku dicemari oleh cinta yang bukan
pada landasan syarak, Nisa. Aku takut hatiku akan kotor dan aku nak
serahkan cintaku ini kepada seorang yang sah bergelar suami kepadaku
kelak, Nisa. Nisa, nafsu manusia yang tidak dikawal akan mudah dirasuk
oleh syaitan. Aku harap kau faham," jelas Khairien penuh kelembutan.
Manisa memandang sayu kepadaku. Pandangannya menampakkan dia jelas dengan kata-kataku itu. Aku memegang bahunya.
"Nisa, cinta itu anugerah dari Allah dan perlu dijaga dengan baik bukan
diberikan kepada yang tidak selayaknya. Cinta itu kita perlu pupuk dalam
diri dan hati kita. Tapi bukan untuk memuaskan nafsu. Cinta kita
berlandaskan iman kepada Allah. Itu sudah pasti dapat mengawal kita dan
menjadikan kita sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa mengawal setiap
gerak geri diri dan hati kita. Cinta perlu diberi kepada yang hak dan
aku sedang menjaga hatiku untuk diserahkan cinta ini kepada yang
selayaknya dan yang hak, Nisa. Aku tak nak cinta itu hanya menjadi
mainan sahaja. Amat besar maksud cinta bagi yang mengerti dan
memahaminya. Aku terima dirinya jika Allah telah takdirkan dialah
jodohku kelak dan di saat itu cinta akan kuberikan kepadanya." Terangku panjang lebar kepada sahabatku Manisa. Manisa hanya mengangguk.
Ya Allah, kurniakanlah
kepadaku orang yang sentiasa mencintai-Mu, mencintai Rasul-Mu, sentiasa
mendekatkan diri kepada-Mu untuk terus mencintai-Mu dan datangkanlah
insan yang kelak mencintai diriku kerana dia mencintai-Mu dalam
mengharapkan redha-Mu Ya Allah...
Subscribe to:
Comments (Atom)


