Hati
manusia sering tidak terduga. Hati manusia kita tidak boleh baca dan salami
seperti mana kita menyelami dan merasai sebuah makanan. Kadang hati ini
merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang berlaku. Mahu kutangiskan
segala yang berlaku tidak pasti ianya berulang kembali dalam sebuah kehidupan
ini. Aku cuba meneruskan kehidupan ini walau hakikat yang kutelan dan kuterima
dalam hidup ini tidaklah seindah warna pelangi mahupun semanis gula-gula yang
dimamah di mulut. Mulut dan hati sering berhubung dan mempunyai perkaitan
antara satu sama lain yang mana ianya kadang tidak menjanjikan apa yang
diharapkan dan diperkatakakan itu benar belaka.
Hati,
yang dahulunya telah remuk dan hancur kini tidak mungkin boleh disambung
kembali. Hati yang seing disakiti dan dikhianati terus menjadi hambar dan tawar
setawarnya air dan sepahitnya hempedu. Kerap kali dilukai dan terus dicalari
menyebabkan hati ini tidak menjadi kuat dan setabah hati yang dulu.
Ingin
kumiliki sekeping hati yang baharu bagi melegakan keperitan hidup dan
kekecewaan diri andai diberikan sekali lagi peluang. Namun, adakah ianya dapat
diperoleh kembali setelah hati ini yang milik Allah tidak mungkin dapat diganti
kembali melainkan dengan sebuah kematian yang pasti?
Berkali-kali
ia dihancurkan dalam perhubungan dan persahabatan menyebabakan hati yang koyak,
remuk dan hancur itu sukar disambung kembali. Apabila marah merajai hati,
tentunya kata-kata kesat sering dilempari dinista dan di maki untuk mereka di
sekeliling tanpa rasa dipeduli apakah perasaannya yang sebenar

No comments:
Post a Comment