Friday, May 28, 2021

Validasiku Mohon Kau Permudahkan


Allahu...1 Jun 2021 dah tak lama...tinggal beberapa detik dan saat sahaja. Dokumen aku banyak lagi belum siap. Aku tawakkal sahaja kepada Allah.

Allah, mudahkanlah urusan validasi kenaikan pangkat aku kali ini. Ya, aku kerja bukan untuk pangkat. tetapi aku kerja kerana-Mu. Dalam masa yang sama kriteria kecemrlangan dalam dunia pekerjaan juga perlu aku peroleh.

Amiin

Wednesday, February 10, 2021

Dialah Pembakar Semangatku


Abah memang seorang yang tegas dalam pendiriannya. Pendirian abah terhadap sesuatu perkara itu tetap utuh. Abah juga seorang yang cekal jiwa dalam apa juga cabaran. Jarang sekali kulihat abah menitiskan air mata kekecewaan. Jarang sekali kulihat abah menunjukkan hatinya telah remuk. Abah tidak pernah menunjukkan dia susah atau ada masalah di hadapan anak-anaknya.

Wednesday, February 3, 2021

Bertanggungjawab Dalam Melaksanakan Tugas


Assalamualaikum. ..

'Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas'
 
 Meskipun Nabi telah menjalankan semua yang diperintahkan Allah kepadanya, Nabi sendiri khuatir kalau-kalau baginda belum menjalankan tugasnya sebagai Nabi dan Rasul dengan baik. 🔜🔜🔜

Monday, February 1, 2021

Abah, Orang Anak Angkat Ke Abah?

Abah, orang anak angkat ke? 😂😂😂 Kelakar bila ingat masa kecik dulu. Gara-gara muka aku dengan kak long tak sama dan orang cakap sorang anak cina dan sorang anak india. Kebetulan pula aku lahir di Selangor. Next 👉👉

Saturday, January 30, 2021

Bukan Aku Tapi Dia

 


Kenangan semasa remaja menerjah ruangan minda ini. Saat menulis tentang kisah abah, ingatan kembali berputar kepada arwah abah. Semua kenangan bersama arwah abah menjadi sebuah memori yang tidak akan dilupakan.

Ajariku Menyayangi Yang Lain











Bicara pasal abah, membawakan aku kepada kenangan bersama abah. Seorang lelaki yang hebat, terbaik dan begitu bertanggungjawab dalam segenap aspek. Dialah insan lelaki pertama yang kukenali dan kucintai bermula kulahirkan ke dunia oleh emak. 

Abah walaupun luaran nampak garang tetapi jiwanya penuh dengan kasih-sayang. Jiwa abah yang penuh dengan romantik dan sikapnya yang kelakar membuatkan rumah kami dan keluarga kami penuh keceriaan.

Teguran Penuh Hikmah dan Kasih






Semasa darjah satu, aku telah terbaling seorang budak lelaki dengan sebongkah kayu. Adui..Apa aku dah buat ni? Luka dari dan kepala budak tu sampai darah mengalir laju. Kecut jugak perut. Nak tahu kisahnya?