Monday, March 5, 2012

Perjalananku menuju umrah.

Alhamdulillah, Allah takdirkan dan izinkanku untuk menunaikan umrah. Ya Allah, nikmat mana lagi yang tidak aku syukuri? Dalah harungi pelbagai ujian Kau masih memandang doa hamba-Mu yang lerdil ini.

Tanggal 19 Februari 2012 aku berangkat ke Tanah Suci Makkah. Aku pergi berseorangan tanpa mak dan abah mahupun adik beradikku. Aku tekad Ya Allah. Kalau tidak sekarang, bila lagi aku dapat ke Makkah ini? Inilah peluang yang Allah telah berikan kepadaku