Ya Allah... Kau jagailah hatiku... Kau peliharalah hati ini dari dicemari sebarang dosa dan maksiat hati.... Sesunguhnya hatiku ini amat keras dan susahnya untuk dijaga dan dipelihara dari sebarang kekotoran, rasa-rasa hati dan prasangka-prasangka...
Sesungguhnya hatiku ini adalah milik-Mu... Aku tidak mahu cemari ia dengan noda dan dosa..dengan perasaan hati dan prasangka yang boleh menjerumuskan aku ke lembah maksiat dan neraka... Tuhanku, Kau bantulah daku... Bimbinglah daku dengan bimbingan-Mu.. Peringatkanlah aku dengan peringatan-Mu...

Perdengarkanlah daku dengan ayat-ayat cinta-Mu..... Peliharalah hatiku dari segala kemaksiatan dan dosa ya Allah... Sesungguhnya Kau sahaja yang amat mengenali hatiku ini berbanding manusia lain...Kau sahaja yang memahami jiwa dan diriku berbanding yang lain..Terima kasih Tuhanku...
Hatiku kini diuji sekali lagi dengan kasih sayang manusia yang datangnya dari lelaki.... Sungguh sukar untuk aku jaga hati ini.... Aku hanya mahukan Engkau Ya Allah..... Bagaimanakah aku hendak bahagikan hatiku ini kepada insan yang bergelar lelaki itu nanti???
Ya Allah..berilah aku panduan dan pedoman untuk aku gagahi dan lalui terus hidup ini.....Hati ini adalah milik-Mu yang tiada tara dan tiada tolok bandingnya.....Kadang aku merasakan bahawa aku masih belum lagi bersedia untuk menerima semua ini......Bagaimanakah nantinya aku berhadapan dengan keadaan hari-hari yang mendatang seterusnya...
Mampukah aku??? Tuhanku Ya Rabb..... Sukar untuk ku katakan bahawa manusia sememangnya tidak mengenali diriku dan tidak mengenali hatiku walaupun dibibir mudah melafazkan dan mengatakan mengenali diriku. Hakikatnya Engkau adalah Penjaga dan Pemeliharaku yang terbaik dan terunggul...

No comments:
Post a Comment