Monday, October 24, 2011

Hatiku Menangis Lagi

Ya Allah...
Aku sebenarnya insan yang kerdil di sisi-Mu. Tak mampu menandingi kuasa-Mu.
Aku sedih ya Allah..
Pernah aku menangisi akan dosa-dosaku usai solatku. Namun, segalanya telah disalah ertikan oleh tafsiran ramai.

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui hati hambu-Mu ini yang begitu rindukan-Mu.

Usai solatku kusering memikirkan saat-saat kematianku yang bakal Kau jemput ku pergi.

Tuhanku..hatiku hanya menangis bersama-Mu sahaja.Tiada seorang manusia pun yang mengetahui isi hati hamba-Nya yang lain tanpa diberitahu.
Aku ingin menjadi insan gagah dan tabah setabah Baginda..Aku bermohon kepada-Mu Tuhanku.

Diamku dan senyapku sering disalah tafsirkan oleh insan-insan lain. Dalam hatiku menangis sendirian. kadang kala tertumpah juga manik-manik ini kerana perlakuanku telah disalah tafsirkan oleh insan-insan yang aku sayangi di sekelilingku. Tingkah laku ku memungkinkan mereka tidak memahami jiwa ku, lantas memberikan pelbagai tafsiran dalam minda mereka. Aku tidak salahkan mereka andainya itu yang mereka tafsirkan tentang diriku. Namun, Tuhanku, tolongkah aku meneruskan kehidupan ini.

Dalam hatiku menangis lagi. Mengapakah manusia sering mencari aib dan salah orang lain dalam hidupnya. Aku juga kadang begitu. Kadang aku menjadi mangsa keadaan dan kadang kala dalam kehidupan ini aku juga sering mencari salah orang lain.berdosanya aku ini Ya Allah...

Hatiku menangis lagi apabila memikirkan betapa banyak dosa-dosaku pada-Mu Tuhanku. Taubat sering ku abaikan. Ya Allah, terimalah taubat hamba-Mu ini Ya Allah... Aku mohon sangat pada-Mu agar Kau ampunilah daku Ya Allah... Kelak aku tidak mahu ditempatkan dalam golongan yang Kau murkai..Na'uzubillah...

Dalam hati, hatiku menangis lagi.. Tuhanku, Aku tidak dalam hal ini kerana ini adalah salahku dan hukuman yang patut kuterima andai inilah segala dosa-dosaku pada-Mu Tuhan... Hukumlah aku di dunia ini dan janganlah Kau hukum aku di akhirat kelak...
 
Dalam hati, hatiku menangis lagi. Aku tidak mahu kehilangan sahabat yang aku sayangi Ya Allah. Kekalkanlah kami dalam Iman dan kasih sayang-Mu. Kekalkanlah kami dalam redha-Mu. Kekalkanlah kami dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu hingga ke akhirnya. Kekalkanlah kami dalam ketaatan kepada-Mu dan janganlah Kau pisahkan kami Ya Allah.. 

Temukanlah kami di akhirat sana Ya Allah dalam keadaan kami beriman kepada-Mu. Kepadamu sahabatku, aku mendokan agar kita berkekalan selamanya hingga ke akhirat dan tidak akan dipisahkan oleh Allah atas dasar keimanan kita dan akidah kita kepada Yang Esa. Usahlah kau bersedih dan berdoa yang tidak memungkinkan boleh merobohkan persahabatan.. Sahabatku, ingatlah Allah bersama sangkaan hamba-hamba-Nya. Jadi, janganlah dikau bersangka buruk kepada Allah..

Dalam hatiku menangis lagi....Menangis kerana memikirkan bagaimanakah nasibku di sana nanti. Bagaimanakah keadaanku nanti. Ya Allah andainya hidupku ini lebih baik bagimu maka hidupkanlah aku, namun andainya kematian untukku adalah terbaik pada-M, maka Kau ambillah daku tatkala aku dalam keadaan iman. Aku teringin untuk berjumpa dengan-Mu dalam keadaan Kau redha dan dalam keadaan aku beriman kepada-Mu..... Janganlah kau jemputku pulang dalam keadaan Kau tidak redhai daku...

Ya Allah.. Aku pohonkan agar Kau pandanglah daku, kasihilah daku dan rahmatilah daku.... Amin... Hanya Kau yang memahami dan mengenali hati ini.

No comments:

Post a Comment