CINTA fitrah semula jadi manusia kerana Allah memberi fitrah kepada manusia untuk mencintai keindahan sehingga kita mudah kagum dengan keindahan dan kecantikan yang nampak pada zahir.
Allah juga memberi fitrah itu kepada manusia kerana manusia cenderung dengan sifat lemah dan tak berdaya. Oleh sebab itu, manusia akan mencari seseorang yang dapat memberikan kekuatan, keperkasaan dan kegagahan. Ya, semua orang pasti berpotensi untuk jatuh CINTA kepada manusia yang berlainan jantina dengannya.
Seseorang yang kelihatan pendiam, tidak banyak bercakap dan tergolong dalam kategori 'senyap' tiba-tiba sahaja boleh meluahkan perasaan hatinya dengan mengatakan sudah tertarik kepada insan yang berlawanan jenis itu.
Seorang wanita yang kelihatan solehah, baik tingkah lakunya, menjaga pandangan, menjaga pergaulan dan redup wajahnya juga jangan terkejut apabila tiba-tiba melahirkan perasaan jatuh hatinya kepada seorang jejaka yang soleh pada pandangannya.
Pernah satu tika dahulu hati ini telah dihuni dan diisi oleh seorang insan yang baik dan soleh. Beliau banyak mengajar dan menasihati diri yang alpa dan lalai sebagai muslimah. Namun, diri ini merasakan begitu tidak layak untuk bergandingan dan berdampingan dengannya yang begitu sempurna pada pandangan mata ini. Diri ini yang berterusan merasakan tidak layak dan seharusnya berjauhan dengannya adalah jalan yang terbaik.
Berpegang kepada prinsip 'No Couple Before Nikah' dan 'Peliharalah hati apabila berorganisasi' menyebabkan hati ini cuba menepis beberapa kali perasaan yang telah Allah anugerahkan ini. Perasaan CINTA yang halus dan murni ini akan diberikan kepada mereka yang layak dan ianya hanya sah apabila bergelar SUAMI kepada diriku kelak. Berpegang atas prinsip ini juga diri ini cuba menolak ke tepi perasaan itu sejauh yang mungkin.

Namun, kita hanya manusia dan Allah adalah pemilik segalanya. Semakin kucuba hindari perasaan ini, semakin ramai lelaki yang cuba mencuri hati dan mendekati diri ini. Mampukah aku menanganinya dan menolaknya?
Aku tidak mahu dikatakan sebagai penghalang dan penyebab kepada kotornya hati insan tersebut. Biarlah kupendamkan sahaja perasaan ini dalam sudut hatiku sedalam yang mungkin. Biarlah kumencintainya dalam diam hanya kerana Allah.
Namun, aku tewas sekali lagi untuk menyembunyikan rahsia hati ini. Teringat pula dengan lagu UNIC yang pernah TOP satu masa dahulu. HANYA TUHAN YANG TAHU...
Ku pendamkan perasaan ini .. Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku....
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang
Di hati ini.. Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini .... Aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau ..... pilihanku....
Apabila terpandangkan pasangan kekasih yang sering berjalan berpegangan tangan, berpelukan tanpa malunya di hadapan khalayak ramai akibat dipanah dengan panahan CINTA yang sungguh luar biasa, teringin juga dalam diriku ingin menjadi seperti mereka. Aku juga ingin berkasihan seperti rakan-rakanku yang lain. Namun, kusedar bahawa cara yang mereka lakukan itu bukanlah CINTA sebenar dalam ISLAM kerana matlamat tidak menghalalkan cara.
Aku mula memahami apakah yang dimaksudkan mencintai seseorang kerana Allah. Aku mula memahami bahawa CINTA yang disandarkan kerana Allah adalah mencintai seseorang lantaran ketaatannya kepada Allah atau mencintai seseorang di jalan Allah. Dan aku sedang berusaha belajar untuk menjadi solehah dan beriman sebelum mendapatkan yang soleh dan beriman juga. Kita perlu didik diri kita sebelum kita inginkan yang sempurna dalam hidup.
Adakah aku mencintainya dalam diam itu didasarkan kepada rupa parasnya atau kerana didasarkan kepada agamanya dan kesolehannya? Aku memang mencintainya dalam diam kerana didasarkan kepada agama atas kesolehannya dan ketaatannya terhadap agama Allah ini.
Sukarnya untuk kupadamkan perasaanku ini bersama insan tersebut. Adakah cintaku ini berlandaskan kerana Allah? Aku yakin sekali ianya adalah berlandaskan kerana Allah biarpun insan tersebut tidak mengetahuinya. Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Akhirnya perasaan yang kupendamkan selama ini dalam diam terhadapnya akhirnya dapat dihidu juga oleh jejaka tersebut. Alangkah malu dan segan apabila perasaan ini telah dapat diterjemah oleh orang lain. Tidak keruan kurasakan apabila berhadapan dengan dirinya apabila ada sesuatu program yang melibatkan kami bersama.
Jejaka tersebut telah dapat meneka dan membaca perasaan hati ini. Dia berpesan agar berdoa andai dia jodohku dan aku miliknya yang telah Allah tetapkan insya Allah akan tetap bersama. Dia adalah seorang jejaka yang soleh dan sentiasa menundukkan pandangannya serta taat kepada Allah. Walaupun dia telah tahu isi hati ini terhadap dirinya, dia tetap berurusan denganku kerana kami terlibat dalam organisasi yang sama.
Dalam masa yang sama, aku tetap bermohon kepada Allah agar hati ini tidak mencintainya lebih dari hatiku mencintai Allah. Aku takut hatiku akan berpaling dari mencintai Allah. Aku juga berdoa agar aku tetap dalam menjaga hijab aku selama ini dan menjauhkan diri dari sebarang fitnah. Aku memohon agar Allah jagai dan pelihara hatiku ini.
Aku memohon kepada Allah agar hatiku ini tidak berpaling kepada-Mu dan tidak terus-terusan mengingati dan mencintai jejaka itu. Aku tahu dia juga berperasaan seperti aku. Ini kerana jejaka tersebut sudah meluahkan rasa hatinya kepadaku tetapi aku cuba hindari perasaan yang sukar untuk kuduga. Aku takut tidak dapat menjaga hijab ini dan takut aku banyak mengikut hasutan nafsu dan syaitan apabila aku melayani perasaan CINTA ini.

Lalu kuambil kata putus dengan menyibukkan diri dengan urusan-urusan dan akitiviti-aktiviti kampus lainnya. Namun, kulihat dia juga begitu sama sepertiku dengan menyibukkan diri dalam urusan lain. Ya Allah, aku ingin membuang bayangnya dari ku, namun aku tidak upaya Ya Allah..
Lalu ku petik doa ini untuk menghindarkan segalanya dari hidupku..

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia akan menjadi teman menapaki hidup ini
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan tercipta untukku
Dia bukan menjadi milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada di sisiku
Dan peliharalah aku dari segala kekecewaan dan kesedihan
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
Bersamanya di sisi
Ya Allah
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini
Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan hamba-Mu yang dhaif dan hina ini
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Janganlah Engkau menjuruskan aku
Ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Kurniakanlah kepadaku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan beriman
Amin Ya Rabbal 'Alamin....
Doa ini menjadi kekuatan untuk aku meneruskan hidup dan seterusnya cuba menghindari bayangannya. Akhirnya sedikit sebanyak aku dapat melupakan jejaka soleh itu walaupun di hati ini masih terdapat ingatanku terhadapnya. Aku dan dia cuba menjauhkan diri antara satu sama lain kerana masing-masing cuba menjaga hati dari tersasar jauh dan melanggar batasan seorang mukmin. Akhirnya kami berpisah secara baik.
Tidak lama selepas itu, aku mendapat berita pernikahannya dengan gadis pilihannya selepas CINTAnya terhadapku dianggapnya tidak mendapat balasan. Aku menerima berita pernikahannya dengan redha walaupun pahit untuk kuterima. Tanggal 19 November 2004 masih kuingati hingga kini. Tarikh pernikahan seseorang yang pernah menghuni di hati ini. ðŸ˜ðŸ˜©
Wahai Allah...Pintaku hanya satu. Kau jauhkanlah bayangan dirinya jauh sejauhnya dariku. Kau buangkanlah ingatanku terhadapnya jauh dari diriku Ya Allah. Aku kini hanya mahu Engkau sahaja dalam hatiku. Aku tidak mahu hati ini tersasar jauh dari-Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Tetapi makin kupohon pada-Mu Allah, bayang dan namanya tetap hadir dalam hidup ini. Semakin cuba kubuang jauh-jauh dia dari ingatanku, ia terjelma. ya Allah! Kupasrahkan segalanya kepada-Mu.
**Cerita ini tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau telah mati

cerita ni macam kisah benar je?adkaah ini adalah kisah pemilik blog?menarik sangat penulisannya
ReplyDeletekisah ini seperti kisah benar. menarik penulisannya. terbaik. adakah ia tentang kisah pemilik blog ini?
ReplyDelete